Pacak ‘tripod’ rakam tengah sembahyang, Zul Ariffin sindir Idris penunggang agama?

Pacak ‘tripod’ rakam tengah sembahyang, Zul Ariffin sindir Idris penunggang agama?

Pelakon Zul Ariffin mengakui watak dan tema penunggang agama dalam filem Penunggang Agama 2 yang dilakonkan wujud dan ramai yang seperti itu dalam kehidupan sekarang.

Zul berkata, ramai yang bertemu dengan golongan seperti itu sekurang-kurangnya sekali seminggu.

“Saya rasa, ramai orang akan berjumpa penunggang agama sekurang-kurangnya sekali seminggu. Apa yang boleh saya cakap juga, orang bukan Islam, mereka tak baca al-Quran, sebaliknya mereka baca perangai kita (orang Islam). Jadi, tunjukkanlah teladan yang baik. Jangan bersikap hipokrit. Pacak ‘tripod’ rakam tengah sembahyang, itu bukan saya. Senang cerita, jangan pergunakan agama untuk kepentingan sendiri,” katanya.

Dalam masa sama, Zul yang sebelum ini berkongsi beberapa hantaran yang dilihat banyak menghabiskan masa dengan aktiviti meluaskan dakwah Islam bersama Ebit Lew berkata, dia tidak pernah bertanya mengenai situasi menimpa pendakwah bebas itu.

“Saya tak pernah tanya atau persoalkan. Saya cuma cakap dapatkan rehat secukupnya. Dia (Ebit Lew) sedang diuji. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku.

“Bahkan, pertemuan saya dan dia diisi dengan persalaman, berborak, berkongsi ilmu, solat jemaah dan saya dengar apa yang dia nak cakap. Apa yang saya tahu, dia memberi layanan yang baik terhadap saya dan orang yang dia temui. Perkara lain, saya tak ambil tahu,” katanya.

Selain Zul, Penunggang Agama 2 arahan Syafiq Yusof menampilkan lakonan Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Johan As’ari, Datuk Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi dan Sharifah Aisyarha.

Sumber – Harian Metro

COMMENTS