Padu!!! Ini jawapan Syed Saddiq terhadap kritikan keras TMJ kepadanya

Padu!!! Ini jawapan Syed Saddiq terhadap kritikan keras TMJ kepadanya

 

Perseteruan antara Syed Saddiq dan TMJ nampaknya terus berpanjangan. Hubungan kedua-dua ikon bangsa Johor itu dilihat mulai renggang tidak berapa lama selepas PH memenangi pilihanraya ke-14 menewaskan BN dan GS ketika itu.

Semalam TMJ dalam satu sesi soal jawab bersama peminat di laman media sosialnya mempertikaikan tanggungjawab peranan MP Muar itu.

“Promising how and in what way? What has he done since before? Go where the wind blows? This country needs honest, innovative and dedicated politicians. A man of principle. A man of principle not a populist.” jawab baginda ketika menjawab soalan peminat kenapa baginda begitu bencikan Syed Saddiq.

Menyambung jawapannya, TMJ turut menjawab hanya Tuanku Sultan Johor dan pegawai daerah sahaja yang berbuat kebaikan di Muar selain mempersoalkan asal usul sebenar Syed Saddiq.

Namun Syed Saddiq tidak.mengambil masa menjawab segala dakwaan TMJ terhadapnya. Dalam hantaran FBnya selepas itu, kelihatan dia sibuk membungkus barangan keperluan asas yang akan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan disekitar parlimen Muar.

Malah, dia juga sempat memuatnaik video menjawab dakwaan tidak bekerja untuk warga Muar. Menurutnya, dia telahpun berjaya mengedarkan lebih seribu laptop dan tablet bagi kegunaan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah berdepan pembelajaran secara dalal talian ketika larangan PKP dikuatkuasakan.

Tambahnya, dia juga telah berjaya mengusahakan sebanyak 7 ribu Food Basket bagi diagihkan kepada warga miskin yang terkesan dengan pandemik Covid-19 sekaligus menepis dakwaan tiada keterlibatannya dalam menjaga hal-hal kebajikan warga Muar.

Syed Saddiq turut membangkitkan keterbatasan sumber kewangan setelah peruntukan parlimen Muar yang diperolehinya sebelum ini telahpun dimansuhkan oleh kerajaan Muhyiddin dalam video tersebut.

Menjengah ruang komen di kedua-dua platform media sosial Syed Saddiq, rata-rata netizen mempertahankannya sambil memuji usaha MP tersebut membantu warga Muar selama ini.