Padu!!! Zamihan ‘tampar’ Menteri Agama

Padu!!! Zamihan ‘tampar’ Menteri Agama

BAHANA MENTERI NIKAH KAHWIN!

Di Negeri Pura Cendana, Menteri Nikah kahwin walaupun berjubah dan berserban besar tetapi melakukan jenayah terhadap agama. Dia yang menggubal undang-undang Islam tetapi dia sendiri yang melanggar dan memadamnya.

Situasi ini berlaku kerana beliau begitu bernafsu dengan kecantikan Puspawangi, isteri Tun Nila selaku Raja Muda Pura Cendana. Apabila disembah maklum, Tuanku Paduka Raja begitu murka kepadanya.

Di negara kita, sketsa dongeng Pura Cendana hampir sama berlaku. Bahkan ia lebih teruk daripada itu.

Isu murtad, liwat, pertindihan undang-undang Syariah/Sivil, isu salah guna duit zakat MAIWP, isu kalimah Allah, isu Wahhabi dan lain-lain menemui kegagalan total untuk diselesaikan.

Eloklah ‘Menteri Nikah Kahwin’ meletak jawatan dan beri peluang kepada orang lain untuk memikul amanah berkenaan. Ingatlah bawa anda dan kita semua bakal dipersoalkan oleh Allah atas amanah yang gagal dilaksanakan.

Patik mohon jasa baik Dato Bendahara YAB PM dan Tuanku Paduka Raja supaya memperbaiki segera kelemahan ini. Sedarlah bahawa agama kita dalam bahaya!