Pagi itu dia sudah nekad hendak ke Jambatan Pulau Pinang melupakan segala masalah hidupnya, tetapi…

Pagi itu dia sudah nekad hendak ke Jambatan Pulau Pinang melupakan segala masalah hidupnya, tetapi…

“Ah Soon yang pasang bendera sudah putus asa. Dalam sebak, dia bagitau saya dia sebenarnya telah buat keputusan nak pergi ke jambatan Pulau Pinang untuk menamatkan nyawanya. Dia sudah letih minta tolong merata tempat tapi tiada yang datang menolong”

______________________________________

Ah Soon seorang penjaja. PKP berulangkali bukan sahaja menyebabkan dia tidak dapat berniaga malah terpaksa menanggung hutang – sewa gerai, motor, sewa rumah, bil api dan air semua sudah 4-5 bulan tak bayar. Sampai mesin basuh dan kipas angin di rumah terpaksa dijual demi sesuap nasi.

Kesempitan hidup menyebabkan dia terdesak sehingga meletak bendera putih petang semalam. Dia sudah give up, dia bagitau jirannya jika dia pergi, mereka boleh ambil motornya. 🏳️

Jam 8 pagi tadi, saya melawat Ah Soon. Sedih mendengar kisahnya. Dia bukannya tidak mencuba, malah berusaha untuk bangkit semula selepas tersungkur berkali-kali. Tapi PKP berulang-ulang menyebabkan dia buntu. Semua usaha tidak menjadi. Dia sudah penat. 🥺

Saya bagitau Ah Soon, jangan berputus asa. Hidup ini ada naik dan turun, tapi harapan tetap ada. Setidak-tidaknya, ada orang nampak bendera putihnya dan saya telah datang. Saya tanya Ah Soon, apa yang dia perlu? Dia jawab: “Saya hanya mau cari makan. Saya boleh bekerja, tapi macam mana saya nak berusaha dalam keadaan ini.” Dia kata ada lot gerai baru yang lebih baik dekat rumahnya, tapi dia dah tak larat.

Beginilah, saya bayar segala hutang sewa rumah, hutang bil api dan air, hutang motor Ah Soon. Kemudian saya bantu Ah Soon dapatkan lot gerai baru itu. Sewa gerai sampai hujung tahun saya tanggung. Janji Ah Soon boleh mulakan hidup baru dan terus berusaha.

Kami bercakap lebih satu jam. Apabila saya ajak Ah Soon bincang menu apa yang dia nak jual, saya nampak Ah Soon kembali bersemangat. Dia bersungguh-sungguh nak berusaha sendiri. Dia tulis menunya kepada saya. Ok, jom beli bahan-bahan. Hari ini juga kita buka gerai baru! 👨‍🍳

Ah Soon seakan-akan tak percaya. Dia bertubi-tubi ucapkan terima kasih. Saya minta dia janji tiga perkara: satu, jangan lagi fikir nak putus asa. Dua, bantu orang lain bila dia mampu. Dan tiga, malam ini dinner, dia masak untuk saya, nak cuba menu dia di gerai baru. 😀

Kempen bendera putih bukan main-main. Rakyat sedang susah. Gunalah apa carapun untuk hubungi saya. Saya akan turun segera. Dalam beberapa jam saja, Ah Soon sudah bangkit semula, malah dia sendiri telah menurunkan bendera putih depan rumahnya.

Kawan-kawan yang saya kasihi, jangan berputus asa dalam apa keadaan sekalipun. Harapan sentiasa ada walaupun sekecil zarah. Dan sekecil-kecil zarah itu akan memberi sinar kepada hidup kita. Masih ramai lagi yang sudi bantu kita. Jika anda ada masalah jangan putus asa, call saya 012 5907 507. 📞

Sumber : FB Steven Sim