“Pagi petang siang malam teh tarik” – Abang ini kongsi tabiat pemakanan sampai kaki terpaksa dipotong

“Pagi petang siang malam teh tarik” – Abang ini kongsi tabiat pemakanan sampai kaki terpaksa  dipotong

 

Penyakit kencing manis atau ‘diabetes’ merupakan sejenis penyakit yang sudah tidak asing lagi bagi kebanyakan rakyat Malaysia.

Penyakit yang sering dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan ini bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan, malah ia juga boleh membahayakan nyawa.

Bagi mereka yang menghidapi penyakit kencing manis kronik, terluka akibat benda tajam harus dielakkan.

Ini kerana, kesan luka itu boleh menyebabkan ia merebak dan dalam senario yang teruk ia boleh menyebabkan bahagian yang terluka perlu dipotong.

Kejadian ini sering berlaku kepada pesakit yang mengalami penyakit ini diperingkat yang kronik dan tidak dirawat dengan betul.

Seperti yang terjadi kepada seorang lelaki ini menerusi perkongsian muat naik sebuah video yang menceritakan tabiat pemakanannya serta sebab mengapa kakinya terpaksa dipotong.

Perkongsian itu telah dibuat oleh pengguna TikTok yang menggunakan nama @kedidi_kakipalsu.

Menurut lelaki yang mesra disapa Abang Azlan, dia memberitahu bahawa dirinya telah menghidap penyakit itu sejak 30 tahun yang lalu.

Dia yang kini berusia 45 tahun berkata, kakinya terpaksa dipotong selepas terluka akibat terkena paku.

Kesan luka itu kemudiannya menjadi semakin teruk dan menyebabkan isi di sekeliling kesan luka mereput dan berlubang.

Selepas beberapa sesi pembedahan dijalankan, doktor akhirnya menasihatkan agar kaki kanannya itu dipotong sehingga paras betis.

Berkongsi berkenaan tabiat pemakanannya, dia berkata bahawa pengambilan teh tarik tidak mengira waktu merupakan antara penyebab kepada keadaannya itu.

“Abang ni minat teh tarik. Pagi petang siang malam minum teh tarik, teh ais. Dari zaman muda banyak minum air tin lah. Makan tak tentu.

“Tapi teh ni, teh ais ni dalam kereta memang sentiasalah ada,” kata abang Azlan di dalam video tersebut.

Menurut doktor, kesan pemakanan yang tidak dikawal juga menjadi penyumbang kepada keadaannya yang sekarang ini.

“Doktor kata sebab pemakanan, makan tak jaga. Bukan semestinya kita makan manis saja. Tak jaga makan, tak ikut time makan, ikut time kita ja,” tambahnya lagi.

Menurut abang Azlan, kesan ketara penyakit kencing manis itu mula ketara apabila umur meningkat 45 tahun ke atas.

Pada peringkat umur ini, penyakit kencing manis mula menyerang pinggang dan jantungnya.

“Punca dia mula ketara bila umur kita naik 45 tahun ke atas. Mula pingganglah dia, jantung lah. Masa umur 30 an dia tak ada,” akhiri abang Azlan.

Kepada mereka yang diluar sana, jaga pemakanan dan dapatkan rawatan doktor jika mengalami simptom menghidap penyakit ini.

@kedidi_kakipalsu

Replying to @Naziah Jeff Umur abang Lan ni 55 tahun.Anggaran lebih kurang 30 tahun kena kencing manis.🥲 sejenis yang peramah dan happy go lucky #kedidikakipalsu #infoamputee #diabetes

♬ original sound – kedidikakipalsu – kedidikakipalsu