“Pak Arab tak tipu… tapi kita yang bodoh” lagi sisi gelap ustaz selebriti kendalikan umrah terbongkar

“Pak Arab tak tipu… tapi kita yang bodoh” lagi sisi gelap ustaz selebriti kendalikan umrah terbongkar

Isu pengendali hotel di Arab Saudi yang didakwa bermain harga terhadap prngendali umrah khususnya dari Malaysia terus menjadi tumpuan.

Selepas pendedahan daripada Afiz Ayub semalam, muncul lagi satu pendedahan yang tidak kurang panasnya mengenai punca utama kepada permasalahan yang diulas ramai pihak ketika ini.

Perkongsian kali ini dipetik daripada FB Mohamed Farid Masri

Seronok betul ustaz ajak orang ramai mengecam orang Arab kerana menaikkan harga hotel sesuka hati, sehingga dikatakan bangsa mereka sesuka hati cancel booking hotel, harga naik tak tentu pasal dan sebagainya.

Panjang tau kali ini.

Ada yang panggil Abu Lahab, Abu Jahal, ada pula yang kata, “Mutawwif kami juga cakap benda yang sama, kalau bukan sebab Masjidil Haram dan Masjid an-Nabawi, memang kita takkan ‘mahu’ datang ke sini”.

Keluar sahaja artikel dari berita tempatan, ustaz pun seronok ‘share’ sebagai tiket melepaskan diri dengan apa yang telah berlaku. Jemaah ustaz yang sampai-sampai tak ada hotel, yang dijanjikan Safwah kemudian bila sampai hotelnya terletak di 8 kilometer, semuanya kena akur dan redha.

Namun, pernahkah ustaz terfikir bahawa..

1. Ketika ustaz mengajak orang ramai mengerjakan Umrah menggunakan pengaruh ustaz, harga yang diiklankan adalah sememangnya tidak logik. Ustaz gunakan ‘rates’ yang ustaz dapat pada bulan Mac untuk dapatkan ‘costing’ kemudian ustaz jualkan pakej dengan mudah dan gembira.

2. Pihak hotel berhak mengubah harga hotel, dan ianya memang berlaku dari dulu lagi selagi mana kita tidak melakukan sebarang pembayaran. Katakan kita mendapat harga tempahan Disember pada bulan Mac, biasanya terdapat 1 tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak hotel untuk kita lakukan bayaran supaya harga tidak berubah. Apabila tempoh ini telah tamat, maka harga akan berubah mengikut harga semasa.

Katakan, tempoh yang diberikan biasanya adalah 2 minggu, dan berakhir pada 15 April, tapi kita menghantar tempahan dan duit pada 1 Oktober. Maka tentunya harga adalah mengikut kadar semasa pada Oktober.

3. Semasa ustaz sampai ke Tanah Suci tapi tiada bilik, bukankah menjadi tanggungjawab ustaz untuk mengesahkan lebih awal sebelum berangkat? Kenapa ustaz tak buat homework lebih awal? Kenapa mesti sampai di sana dan terkejut? Kenapa mesti sampai disana baru tahu hotel tak ada?

4. Ketika ustaz tak faham bagaimana cara mereka berurusan dan berjualbeli, kenapa ustaz nak juga menjual pakej Umrah? Kenapa ustaz mesti nak ‘buat pandai’ yang akhirnya ustaz menghukum dengan menuding jari kesana kesini?

5. Ustaz sebagai seorang ustaz, tak sepatutnya menyeru manusia membenci muslim yang lainnya, apalagi mengajak manusia untuk bersangka buruk dengan dua Tanah Haram, hanya untuk menutup malu dan cacat ustaz di hadapan jemaah. Ustaz burukkan Arab supaya ustaz tak dilihat bersalah di mata mereka. Dan hasilnya ya, manusia sedang beramai-ramai mencaci maki Arab di ruang komen. Indahnya muslim bersaudara.

Hakikatnya, mereka takkan menipu apabila akad jual beli (bertulis) telah berlaku. Belum cukup lama, tapi saya sempat melalui bertahun-tahun sehingga sekarang menguruskan tempahan ratusan bilik sebulan. Pembayaran adalah kuncinya. Sepercaya apapun mereka kepada kita, setelus mana pun kita, ‘We cant challenge the system’. Apabila sistem mereka menyatakan yang tiada pembayaran dibuat, maka booking ‘mulut’ tadi akhirnya akan ditutup dan dibuka semula untuk jualan di pasaran. Ini bukanlah benda baru, bahkan dah lama diamalkan.

Isu percaya, telus, hormat tetamu Allah ini perlu diketepikan. Mereka sendiri biasa berhadapan dengan penipu, bukan hanya kita yang sewenang-wenangnya mengecam mereka sebagai penipu. Kita perlu faham, seandainya ada 1 hari yang hotel mereka tak terisi, ianya bakal membawa kerugian yang besar. Kalau 1 bilik harganya SR500, 1 malam 20 bilik bersamaan SR 10,000. Itu baru 20 bilik, yang kononnya mereka simpan untuk 1 orang yang terpercaya, tapi akhirnya tak kunjung tiba. Siapa nak tanggung?

Kalau takut bilik hilang, mintalah jemaah bayar penuh 3 bulan sebelum penerbangan supaya kita dapat melakukan pembayaran diatas tempahan kita. Dan ini adalah yang lebih baik, tapi masih lagi rata-rata syarikat mengamalkan pembayaran penuh sebulan sebelum berangkat. Akibatnya, kerosakan yang banyak bakal berlaku.

Satu lagi, kalau nak jual, harga itu biarlah realistik. Kesian kat jemaah nak kena tambah bagai di minit akhir.

‘Pak Arab’ tipu atau tidak, yang pastinya, jemaah dah sampai dan hakikatnya mereka tak dapat seperti apa yang dijanjikan. Dalam erti kata lain, mereka dianiaya. Nak bercakap lebih pun, takut dikecam oleh followers ustaz, akhirnya mereka pun kenalah ‘buat-buat’ redha.

Kesimpulan saya,

Arab tak tipu, tapi kita yang bodoh.