Pakaian tak ada macamana nak ke sekolah?

Pakaian tak ada macamana nak ke sekolah?

Ni real gais. Sangat real.

Musim PKP, aku bersaksikan dengan mata ini sendiri ada ibubapa datang ke kedai aku kira duit seringgit-seringgit nak belikan akan telefon 2ndhand untuk anak belajar.

Sedikit demi sedikit duit dihimpun. Simpanan bawah tilam, dalam tabung ayam, semua dikeluarkan. Hanya demi pendidikan anak-anak mereka.

Mereka ikat perut. Mereka berjimat cermat hanya nak beli tab, nak beli chrome book, nak beli headphones dan sebagainya.

Dan bila KPM umumkan sekolah akan dibuka, termenung panjang semua.

Bukan mereka tak gembira sekolah buka. Mereka gembira anak-anak dapat belajar dengan lebih sempurna.

Namun, kos pakaian persekolahan untuk seorang anak bukannya murah. Satu set pakaian lengkap termasuk kasut dan beg lebih seratus juga. Dan anak-anak perlukan sepaling kurang 2 set pakaian sekolah.

Belum termasuk pakaian sukan lagi. Jadi kos seorang anak sekitar RM200-RM300 juga. Kalau ada 5 anak sekolah macamana?

Pakaian tak ada macamana nak ke sekolah? Nak beli, duit tak ada. Takkan nak pakai baju singkat, seluar tak boleh kancing hingga nampak spender?

Lebih merisaukan, sekiranya beli semua persiapan persekolahan, kes COVID-19 kembali mencanak dan anak kembali terkurung di rumah. Maka semua persediaan menjadi pembaziran.

Tiada siapa boleh jamin kita tidak dikurung lagi. Kemungkinan untuk kembali belajar secara PdPR sentiasa ada memandangkan kes masih mencanak dan mungkin akan ada kluster sekolah nanti.

Bertungkus lumus cari duit untuk beli set seragam sekolah, kalau tiba-tiba kembali PKP bukan membazir lagi?

Lagi pun, anak-anak ni cepat sangat membesar. Tempoh 5-6 bulan tubuh mereka dah berubah size dah.

Diharap kerajaan boleh bagi kelonggaran bab pakaian seragam sekolah anak-anak ini.

Benarkan anak-anak ke sekolah pakai baju sukan. T-shirt putih dan seluar trek gelap contohnya.

Kos t-shirt putih ni RM5 dah dapat sehelai. Seluar trek China pun bawah RM10 boleh dapat dah.

Jimat kos, dan pelajar masih nampak seragam dan kemas ke sekolah.

Yang mampu, boleh terus pakai pakaian sekolah yang baru. Untuk golongan yang tak mampu dan terkesan dengan PKP, perlu ada jalan penyelesaian untuk mereka.

Kita tak nak anak-anak tertinggal pelajaran hanya kerana tidak mampu sediakan pakaian sekolah.

Dan percayalah, sangat ramai orang diluar sana saat ini sedang runsing dan mencongak berapa baki yang ada untuk persiapan persekolahan anak-anak pula sebaik sekolah dibuka.

Semoga semua urusan kita dipermudahkan. Amin.

#MFS
– The struggle is real –