Pakar akaun dedah penyelewangan pembelian tanah TH Plantations era Najib

Pakar akaun dedah penyelewangan pembelian tanah TH Plantations era Najib

Pagi2 Datuk Nik Hasyudeen tag report THP dan mintak saya komen dan dia janji takkan komen jawapan saya. OK, ini amat menyeramkan 😎 Sebenarnya saya dah tengok report ni tapi tak sempat nak komen lagi. OK ini jawapan saya berserta balasan pantun 😅

Jawapan:
Salam Datuk Nik Hasyudeen.. pagi2 dah kena bom hahahahaha… 😅 Mungkin pasal tulisan saya tengah malam tadi CARA2 MENIPU AKAUN – Part 1 🤣…Ok, my 2 cents. Due diligence ada 2 jenis; financial due diligence atau legal due diligence. Due diligence kalau translate bahasa Melayu ialah Usaha Wajar…. lagi pening nak faham. Basically, ia adalah penyiasatan kalau nak beli aset ataupun syarikat. Macam nak kawin pun eloklah buat due diligence dulu atas pasangan (bab ni saya memang fail 😅).

1. Dalam konteks ni, financial due diligence. Laporan due d dah dibuat tahun 2012 katanya 6,500 hektar dari 6,513 hektar tanah dikatakan boleh ditanam dengan kelapa sawit. Tetapi setelah beli, rupanya hanya 74% dari keseluruhan tanah aje yang boleh pakai.

2. Di sini, bagi saya perlu ada siasatan kepada pelapor due d ni. Tanah yang boleh dipakai tak sampai 85-90% (sedangkan laporan asal kata 6500/6513 = 99.8% boleh pakai, 0.2% selebihnya mungkin tebing atau kawasan paya sahaja)!! It’s a huge deviation (99.8% – 74% = 25.8%). Pembuat due d ni dapat side income ke daripada penjualan tanah ni kepada THP?? 😎… smells fishy…

3. Mengikut laporan di atas, projek bermula dari tahun 2013-2014 bagi tahun pertama, seterusnya 2015, 2016, 2017 dan 2018. Hasilnya, dari 2014 lagi, pengeluaran hanya capai 41%. Seterusnya, makin menurun ke 36% tahun 2018. Ok cukup pasal performance tanah ni, memang tak bagus langsung lah. So, persoalan sekarang, betulkah tindakan THP menjual kembali tanah ni? Perakaunan ni ada satu equation yang amat penting; Asset = Liability + Equity, kita boleh pecahkan kepada 2; Asset = Liability dan Asset = Equity. Maksudnya, setiap Asset tu ada sakanya, Liability, ataupun Equity. Macam rumah yang kita beli, itu asset kita. Tapi jika pembelian rumah tu dengan pinjaman, maksudnya Asset tu datang dengan kembarnya, si Liability. Jadi, kalau kita jual rumah tu, sememangnya kita jual asset kita. DALAM MASA YANG SAMA, kita jugak transfer Liability yang melekat pada asset tu sekali kepada pembeli tu. Yang public selalu ingat Asset is stand alone. Betul, sekiranya hutang dah habis bayar.

4. Dalam kes tanah THP ni, hutang tu masih ada lagi. Bila tanah tu dijual, hutang pada tanah tu pun di transfer sekali. Asset sepatutnya membawa lebih pendapatan. Dalam kes ni, pendapatan dari tanah tu tak bagus langsung, dalam masa yang sama THP kena tanggung liability pada tanah tu jugak. So, rasional penjualan tanah tu adalah kerana pulangannya tak cover liability yang THP kena tanggung. Takde kena mengena langsung dengan sentimen ‘jual aset orang Melayu’ pun. It’s just purely business exercise. Kena ingat, TH perlukan pulangan dari THP ni bagi memberi dividen terbaik bagi depositor TH dan membiayai jemaah2 haji lagi kerana kos Muasassah tu turut ditanggung TH. Context yang sama jugak kenapa hotel2 TH dijual, pasal revenue dari hotel2 TERLALU KECIL (seingat saya 0.008% dari income keseluruhan TH, betulkan saya kalau saya salah. Maksudnya, bagi setiap RM1 yang TH belanjakan, pulangannya tak sampai 1 sen!) sedangkan hotel2 tu masih ada hutang yang perlu diservis. So, kenapa nak pegang lagi aset2 macam ni? Hotel2 TH hanya penuh masa musim Haji aje.

5. So, kalau ada yang persoalkan kenapa TH tahun 2017 dan ke bawah boleh bagi dividen yang tinggi, jawapan saya adalah PONZY SCHEME. Nama Melayu dia, SKIM PAK MAN TELO. Dividen2 tu diambil dari duit pendeposit tu sendiri. Bukan sebab performance TH dan THP 2017 bagus sangat 😃… Kalau tanya saya, jualan tanah THP RM170m sudah cukup bagus, at least ada return kepada THP, daripada terus terusan menggung hutang tanah tu. Thats it my 2 cents 🤣

6. My ex boss Datuk Nik is a very brilliant man.. banyak belajar dengan dia… hahahaha.. walaupun masa kerja dengan dia, dia selalu panggil saya masuk bilik dia pasal clients banyak kali report kat Datuk kenapa pi hantar auditor garang kat diorang 😅😅…. … Saya tak garang Datuk, client2 tu suruh saya buatkan akaun diorang. Saya auditor, mana boleh buat akaun diorang lepas tu cek balik kerja sendiri…. 🤣🤣

Pantun:
Ultraman datang dari Jepun,
Pasal Jepun banyak raksasa,
Salah dan silap ku mohon ampun,
Semoga Datuk sekeluarga bergembira di Hari Raya 🤣