Pakar bius menangis, laung azan berulang kali di masjid lepas bunuh mak ayah

Pakar bius menangis, laung azan berulang kali di masjid lepas bunuh mak ayah

 

Seorang pakar bius telah ditahan pihak berkuasa selepas dituduh membunuh ibu bapanya dengan kejam di rumah mereka di daerah Sidi Bishr, Mesir.

Azan lepas bunuh ibu bapa

Memetik laporan Gulf News, mayat kedua-dua mangsa yang berlumuran darah ditemui pihak berkuasa di dalam sebuah apartmen. Hasil siasatan awal mendapati, suspek utama pembunuhan tersebut adalah anak lelaki kedua-dua mangsa yang juga merupakan pakar bius.

Semasa soal siasat, saksi mendakwa melihat suspek mengunjungi masjid berdekatan dan melaungkan azan berulang kali sambil menangis. Saksi berkata, suspek ke masjid berkenaan selepas membunuh ibu bapanya.

Suspek yang dipercayai sedang bergelut dengan masalah psikologi telah ditahan bagi membantu siasatan.