Pakar pendidikan ini bidas tindakan KPM hina pihak terlibat SPM jayakan PdPR

Pakar pendidikan ini bidas tindakan KPM hina pihak terlibat SPM jayakan PdPR

KPM kata keberkesanan PdPR adalah sederhana (maksudnya kurang berkesan). https://bit.ly/3b2vzHw

Calon SPM 2021 telah belajar sepenuhnya secara PdPR sejak 2020 (tingkatan empat) dan 2021 (tingkatan lima).

Keputusan SPM yang diumumkan hari ini menunjukkan GPN SPM 2021 jauh lebih baik berbanding GPN SPM 2017 dan 2018. Setara pula dengan SPM 2019.

Apa yang saya belajar?

Walaupun KPM mendakwa PdPR tidak berkesan, pada saya, sebenarnya PdPR telah berjaya dilaksanakan dengan baik oleh guru-guru. Guru-guru yang telah berusaha gigih tanpa henti secara PdPR adalah faktor utama kejayaan SPM 2021.

Oleh kerana GPN adalah angka purata, maka ini membuktikan sumbangan keseluruhan guru seluruh negara (bukan sekadar satu dua guru sahaja).

Terima kasih cikgu. 👍

PdPR berlaku di rumah. Ini membuktikan ibubapa juga telah memainkan peranan penting kejayaan murid-murid SPM 2021.

Terima kasih ibu dan ayah. 👍

Terbukti usaha PdPR telah dipandang rendah (under estimate) oleh sesetengah pihak.

Sedangkan calon SPM 2021 dengan sokongan dan usaha guru serta ibubapa selama dua tahun lalu belajar secara PdPR telah membuktikan sebaliknya.

Sumber – Anuar Ahmad