Pakcik baju hijau mengamuk selepas ditegur jangan merokok dalam restoran
Masalah pelanggan restoran yang kekal degil menghisap rokok di dalam premis restoran tidak akan berakhir.
Walaupun jelas terpampang papan tanda larangan merokok, mereka ibarat tiada common sense untuk menghormati pelanggan lain yang turut sama makan di restoran.
Semalam, seorang pengguna di Twitter telah berkongsi satu video di mana seorang lelaki berusia naik angin terhadap sekumpulan pemuda kerana menegurnya untuk jangan merokok di dalam restoran.
tegur sebab hisap rokok, terus nak angin pic.twitter.com/5CDETVqBWQ
— ًِ (@bckupacc99) April 30, 2023
Lelaki berkenaan berkata tindakan pemuda berkenaan yang menegur dirinya adalah satu tindakan yang biadab dan menambah mamak di restoran terbabit juga tidak pernah tegurnya untuk berhenti merokok di premis terbabit sebelum ini.
Ketegangan itu diredakan oleh seorang pemuda lain yang dilihat menenangkan perokok itu. Perakam video juga telah menunjukkan lokasi di mana perokok itu duduk dan di mana kedudukan mereka pada ketika itu. Jelas terdapat stiker ‘No smoking’ pada meja tersebut.
Rata-rata netizen bersetuju dan memuji tindakan pemuda itu yang berani menegur perokok yang biasanya ‘pantang ditegur’. Begitu juga ada yang memberi nasihat bagaimana untuk menjadi perokok yang beretika dan tidak mengganggu pelanggan restoran yang lain.
Bagus saudara, bukan mudah nak menegur orang merokok di restoran. Saya pun belum mampu untuk melakukannya.
— Xavier Naxa (@XavierNaxa) April 30, 2023
nak hisap rokok tu tak ada masalah, kat kedai restoran mamak ke atau kedai makan mana pun kau pergi. dah habis makan tu pergi la jauh skit dari kedai hisap takde masalah pun takkn kau nak bagi orang bau asap rokok busuk tu. fikir la respect orang dulu sbelum kau nk org respect
— ًِ (@bckupacc99) April 30, 2023
This!!! pic.twitter.com/yleMijttFb
— M g t S h r z m n (@megat_sharezman) April 30, 2023
This!!! pic.twitter.com/yleMijttFb
— M g t S h r z m n (@megat_sharezman) April 30, 2023
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah sedia maklum tentang kejadian itu. Semoga kejadian ini jadi iktibar buat semua. Buat para perokok, jadilah perokok yang beretika dengan menghormati orang lain di sekeliling.