Pakej bantuan kewangan RM300-RM2,000 khas untuk pelajar IPTA, IPTS

Pakej bantuan kewangan RM300-RM2,000 khas untuk pelajar IPTA, IPTS

 

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri Perak sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Secara umumnya, pasti ramai dalam kalangan kita yang terjejas pendapatan isi rumahnya atas pelbagai faktor. Oleh itu, kita memerlukan bantuan kewangan tambahan untuk terus menampung kehidupan seharian.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Dermasiswa Yayasan Perak yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai Dermasiswa Yayasan Perak yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Bantuan permulaan secara ‘one-off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam negara.

Bantuan ini bertujuan untuk:-

a) Meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan luar negara seperti urusan visa, tiket kapal terbang dan penginapan

b) Mengiktiraf kecemerlangan anak Negeri Perak yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

c) Menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Negeri Perak yang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar Negara.

d) Melahirkan ikon kepimpinan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Perak.

DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA)

KADAR PEMBERIAN

Bantuan ini adalah secara “one-off” berdasarkan peringkat pengajian seperti berikut:

Bil Peringkat Pengajian Nilai Bantuan (RM)
(Pendapatan RM5,000 Ke Bawah)
1 Sijil (Termasuk Sijil & Diploma Vokasional) RM300.00
2 Diploma RM500.00
3 Ijazah Sarjana Muda RM1,000.00
4 Ijazah Sarjana (Master) RM1,500.00
5 Ijazah Doktor Falsafah (PhD) RM2,000.00

SYARAT – SYARAT DERMASISWA YAYASAN PERAK (DALAM NEGARA)

1. Bagi kemasukan pengajian SEPENUH MASA DAN SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ke IPT yang tersenarai.

2. Permohonan Ijazah Sarjana (MASTER) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) adalah terbuka kepada pelajar SEPENUH MASA atau SEPARUH MASA serta sama ada yang BEKERJA atau TIDAK BEKERJA.

3. Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut:-

a) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak ; atau
b) Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau
c) Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.
d) Keutamaan kepada mahasiswa yang masih menetap di Negeri Perak.

4. Isirumah (Ibu dan Bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan sahaja (gaji pokok).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1. Salinan surat tawaran terkini (WAJIB), Salinan Pengesahan Terima atau Tolak Tawaran (JIKA ADA).

2. Salinan MyKad pelajar, bapa dan ibu yang lahir di Perak / Surat Pengesahan Bermastautin (Jika Berkaitan)

3. Salinan penyata akaun bank pelajar (pemohon)(WAJIB), Salinan Slip ‘Bank-In’ Yuran Pendaftaran (JIKA ADA).

4. Salinan pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas) dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing. (WAJIB)

5. Salinan Surat kematian atau Surat Bercerai (Jika Berkaitan).

6. Borang Permohonan:

a) Sokongan – Penghulu / Ketua Kampung (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

b) Perakuan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) / Wakil Rakyat / Pemimpin Tempatan (Kawasan tempat tinggal di Negeri Perak sahaja)

7. Semua dokumen perlu disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Kelas A / Penghulu / Ketua Kampung.

UNTUK PERHATIAN:-

Permohonan yang TIDAK LENGKAP akan ditolak.
Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi.
Permohonan dibuka sepanjang tahun.
Dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.

CARA MEMOHON

Memohon Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara secara ONLINE

Borang Permohonan Dermasiswa Yayasan Perak Dalam dan Luar Negara juga boleh didapati secara percuma di Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing.