Panas!!! 24 ADUN tidak dicalon semula, Rauf dibidas susun ‘orang sendiri’ jadi calon UMNO
Hari ini tersebar senarai calon-calon Barisan Nasional yang akan bertanding dalam PRN Melaka.
Difahamkan hanya 4 orang sahaja penyandang ADUN yang akan kekal menjadi calon sebaliknya 24 lagi DUN adalah muka baru.
Menurut sumber dalaman Umno, penyandang-penyandang ADUN disingkirkan menjadi calon antaranya disebabkan ada dari kalangan mereka pro kepada Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron.
Pengerusi Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dikatakan bertindak drastik untuk mengemukakan calon-calon yang mesra kepada beliau.
Dalam pilihan raya ini juga, Idris telah memilih kerusi selamat iaitu di DUN Tanjung Bidara.
Beliau disebut-sebut bakal menjadi calon Ketua Menteri Melaka Barisan Nasional.
Tindakan drastik menukar calon-calon baru ini dijangka akan menyebabkan berlakunya undi protes dari kalangan Umno.
Sebelum ini, Idris dalam satu kenyataan sebelum DUN dibubarkan telah mendakwa lebih ramai wakil rakyat kerajaan mahu menarik sokongan kepada bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Bagaimanapun, katanya, mereka tidak berani menyatakan penarikan sokongan itu secara terbuka.
Ini adalah isyarat besar bahawa ramai ADUN Umno sebelum ini berpihak kepada Idris Haron dan menolak kepimpinan Sulaiman yang dianggap menjadi boneka kepada Rauf.
Dalam perkembangan berkaitan, Umno Bahagian Jasin telah membuat satu sidang media semalam bagi membantah calon yang telah dipilih oleh Rauf bagi DUN Sungai Rambai
Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Kalam Hassan meminta agar pucuk pimpinan UMNO mengekalkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman sebagai calon yang akan bertanding pada 20 November depan.
Menurutnya, pemilihan calon yang tidak disokong akar umbi dikhuatiri memberi impak negatif kepada parti itu untuk memenangi PRN Melaka.