Panas!!! Amiruddin sokong Shamsul Iskandar calon Ketua Menteri Melaka

Panas!!! Amiruddin sokong Shamsul Iskandar calon Ketua Menteri Melaka

MB Selangor, Amiruddin Shari menganggap pendekatan menamakan seseorang sebagai calon Ketua Menteri bukan menjadi amalan PH selama ini.

Ini kerana terdapat individu yang boleh diketengahkan selain calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Datuk Seri Idris Haron dan calon DUN Bukit Katil, Adly Zahari, tegasnya.

“Ramai calon yang boleh kita ketengahkan dan kita boleh putuskan selepas kemenangan yang pastinya kita mempunyai beberapa calon yang layak dan terbukti pernah mentadbir negeri.

“Adly walaupun 22 bulan rekodnya baik dan disenangi ramai, Idris Haron mentadbir di bawah BN dan sudah pasti berpengalaman tentang rakyat, ada (bekas) Menteri Pusat dan (bekas) Timbalan Menteri Pusat (Pakatan Harapan), ada bersama kita.

“Bukan dua nama itu sahaja, saya percaya mereka boleh jadi calon tapi saya percaya terpulang kepada kepimpinan Majlis Presiden PH untuk membuat konsensus selepas kemenangan,” katanya yang juga pengerusi MPN PKR dan PH Selangor pada sidang media secara maya yang diadakan secara langsung di laman Facebook gabungan itu, seperti dilaporkan portal akhbar MalaysiaGazette hari ini.