Panas!!! Amy Search dianugerahi gelaran ‘Datuk’, status muflis undang tanda tanya

Penyanyi rock legenda, Amy Search yang pernah dilaporkan muflis sebelum ini kini memasuki senarai terkini golongan anak seni tanah air yang bergelar Datuk.
Memetik laporan Kosmo, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) membawa gelaran Datuk merupakan antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Melaka itu berlangsung di Dewan Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Penghibur yang sudah 42 tahun mendedikasikan hidup terhadap arena seni itu sekali gus menjadi satu-satunya penggiat seni yang menerima darjah kebesaran pada majlis berkenaan.
Sebelum ini, Amy pernah dikaitkan dengan satu tindakan saman oleh sebuah syarikat yang terlibat menganjur konsert melibatkan kumpulan Search.
Menurut lapiran Mstar, saman tersebut dikeluarkan oleh pihak Afjets Sdn Bhd terhadap tiga anggota Search iaitu Nasir, Din dan Kid berikutan pembatalan Konsert Search 35 Tahun yang sepatutnya diadakan pada 2016.
Bagaimanapun tiada sebarang tindakan saman dikenakan terhadap vokalis Search ketika itu iaitu Amy kerana dia berdepan dengan situasi muflis.