Panas!!! Annuar Musa ziarah kubur, polis sahkan belum terima laporan

Panas!!! Annuar Musa ziarah kubur, polis sahkan belum terima laporan

Seorang usahawan kosmetik terkenal akan dipanggil bagi membantu siasatan selepas tular gambar tangkap layar lelaki itu menikmati durian bersama beberapa individu lain di media sosial.

Tangkap layar siaran secara langsung itu dikesan ditularkan seorang pengguna media sosial, kira-kira pukul 1.10 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, tangkap layar itu dikongsi lebih 4,000 kali di media sosial berkenaan bersama komen netizen yang turut menanda (tag) media sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggesa tindakan diambil terhadap pengusaha kosmetik terbabit.

“Sehubungan itu, satu laporan polis diterima kira-kira pukul 4 petang tadi berkaitan gambar tangkap layar itu.

“Siasatan lanjut mendapati usahawan kosmetik yang juga selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata Ku Mashariman, usahawan kosmetik itu akan dipanggil untuk membantu siasatan dalam tempoh terdekat.

“Tangkap layar yang tular itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerana perbuatan usahawan kosmetik itu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 dan Fasa 2.

“Kita sudah menjalankan siasatan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” jelasnya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP PPN Fasa 1 yang ditetapkan kerajaan.

“Selain itu dinasihatian supaya berhati-hati ketika memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan atau kandungan media sosial supaya tidak mewujudkan satu spekulasi negatif yang boleh mendatangkan fitnah atau kemudaratan kepada ketenteraman awam,” katanya.

Sumber – UTUSAN ONLINE