Panas!! Anwar dedah Menteri Kewangan melakukan penipuan dalam bentuk angka

Panas!! Anwar dedah Menteri Kewangan melakukan penipuan dalam bentuk angka

Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2021 mengelirukan dan meminggirkan beberapa kebimbangan rakyat, sekali gus menghadapi laluan sukar memperolehi sokongan majoriti di parlimen.

Presiden PKR itu berkata, pandangan ahli Parlimen pembangkang dalam pertemuan dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz sebelum ini tidak diendahkan, termasuk moratorium pinjaman dan peruntukan bagi mencegah Covid-19.

“Belanjawan 2021 ini mesti ada ketelusan, saya harap dapat teliti semula belanjawan. Bagi saya ia adalah belanjawan yang mengelirukan, walaupun ditekankan berulang kali mengenai Covid-19, jangan lupa Kumpulan Wang Covid-19 masih merupakan jumlah kecil daripada jumlah keseluruhan.

“Ini saya tidak faham betul, mana boleh peruntukan Kementerian Kesihatan disorok bawah peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2021? Peruntukan ini harus diberikan penjelasan sebab utamanya mungkin hendak tunjukkan tidak ada defisit bertambah,” katanya pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, beliau meramalkan Belanjawan 2021 akan menempuhi laluan sukar untuk memperolehi sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata, Zafrul tidak boleh melakukan penipuan dalam bentuk angka.

Baginya, ada beberapa isu yang cuba disorok, namun selepas didesak ahli Parlimen pembangkang, barulah ia dijelaskan lebih lanjut.

Sumber: Free Malaysia Today