Panas! Anwar dedah pembelian Mercedes S600 baru dipercayai utk kegunaan Ismail

Panas! Anwar dedah pembelian Mercedes S600 baru dipercayai utk kegunaan Ismail

Perdana Menteri ke-10, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim membuat pendedahan menggemparkan di dalam laman FB miliknya sebentar tadi.

Dalam hantarannya, beliau mendedahkan mengenai pembelian sebuah kendeeaan baru model Mercedes S600 yang telah dibeli oleh Jabatan Perdana Menteri dipercayai bagi kegunaan PM-9, Ismail Sabri.

Walaubagaimanapun, kenderaan tersebut tidak sempat digunakan Ismail gara-gara diarah membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan.

Tulisnya…

Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.

Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahukan sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.

Sebaliknya, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian.