Panas!!! Anwar pelik mengapa Takiyuddin melompat dalam isu pendanaan PRU PN daripada tokeh judi

Panas!!! Anwar pelik mengapa Takiyuddin melompat dalam isu pendanaan PRU PN daripada tokeh judi

Perdana Menteri menasihatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan agar tidak terburu-buru mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Memetik Sinar, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau selaku Menteri Kewangan mempunyai segala fail dan maklumat.

“Dia tidak baca. Takiyuddin jangan gopoh,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kewangan dekat sini pada Selasa.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim membayangkan sebahagian dana pilihan raya Perikatan Nasional datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Anwar berkata Kementerian Kewangan juga mendapati “pelanggaran” dalam pemberian kontrak berjumlah RM600 bilion tanpa tender.

Bercakap ketika sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, dia berkata dana pilihan raya untuk parti “Melayu” dan parti “Islam” datang dari syarikat perjudian.

“Berkenaan judi, pastinya sebahagiannya digunakan untuk mendanai pilihan raya. (Saya telah minta) semakan terhadap perkara itu.

“Walaupun anda gelar diri anda parti Melayu atau parti Islam, dana (pilihan raya) datang dari syarikat judi,” katanya.