Panas!!! Armada selar Pas cuba khianati PN

Panas!!! Armada selar Pas cuba khianati PN

Ini suatu kenyataan yang sungguh menarik. Kalau betul.

Bukan kerana ianya dibuat olih Ketua Armada PPBM tapi kerana apa yang disuarakannya.

Iaitu adanya ‘gerakan-gerakan khianat’ dalam PN itu sendiri untuk ‘cuba menumbangkan Perdana Menteri dengan mengumpulkan tandatangan SD ahli-ahli parlimen’.

Tajuk kenyataan pun:

HENTIKAN POLITIK KHIANAT SESAMA PERIKATAN NASIONAL.

Kalau sesama Perikatan Nasional, hanya libatkan dalaman PPBM dan PAS sahaja. UMNO tidak berada dalam PN.

PAS ke? Walaupun PAS bolih berdolak-dalik, terutama SUA nya yang bolih beralih dari ‘sains dan data’ kepada ‘mengalihkan tiang gol’ sehingga ‘mengubah peraturan permainan bola’ ditengah-tengah permainan untuk bantu referee buat keputusan, tapi pengkhianatan politik tak mungkin.

Maknanya dalam PPBM lah tu. Sebahagian besar dalan PPBM adalah mereka yang telah mengkhianati parti asal mereka sendiri. Azmin Ali dengan geng PKR nya sendiri atau ‘Kartel’.

Ataupun Hamzah Zainudin dengan geng kataknya yang melompat keluar dari UMNO, iaitu yang telah mengkhianati UMNO untuk mula-mula ingin bersama Tun Mahathir, kemudian mengkhianati orang tu untuk bersama TSMY.

Yang ori PPBM tak ramai. Yang ramai semuanya pengkhianat. Jadi kalau dah ramai dalam PPBM sudah biasa mengkhianati, apa yang Ketua Armada PPBM nak terperanjat sangat!

Tapi, memang ada dengar-dengar sudah ada gerakan mengumpul SD dari ahli-ahli parlimen untuk tubuh suatu lagi kerajaan baru.

Satu olih pihak PH yang hendak kembali tubuh kerajaan baru tapi dipimpin olih DSAI.

Satu lagi olih ahli Jemaah Menteri PN dengan kombinasi menteri UMNO dan PPBM yang tak ori. Tapi bukan dengan restu UMNO.

UMNO cakap terang-terang tak mahu bersama PPBM pada PRU15 dan akan henti bersama PN selepas Darurat tamat. Tak main khianat politik ni.

Betullah cakap Tun Musa Hitam, kerajaan PN macam ‘kerajaan main masak-masak’, tapi tak pandai masak kerana masakan tak sedap kerana campur ramuan yang tak kena.

SD lagi! Takkanlah negara dan rakyat nak lihat suatu lagi PM baru. Iaitu yang ketiga semenjak BN ditumbangkan pada PRU14.

Sudah jadi Politik Kerusi Berirama!

Musical Chairs Politics!

#KhianatDemiKuasa
#KhianatDemiKhianat

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4193268734052651&id=1909073655805515