Panas!!! Asyraf didakwa intai kerusi Pengerusi TH

Panas!!! Asyraf didakwa intai kerusi Pengerusi TH

Merujuk kepada cadangan Asyraf Wajdi Dusuki selaku ketua Pemuda Umno agar Tok Mat dijadikan menteri kewangan dalam Kabinet Ismail Sabri.

Umum mengetahui bahawa Umno termasuk Pemuda Umno tidak berpuas hati kerana Tengku Zafrul menjadi menteri kewangan dalam Kabinet Muhyiddin.

Hal ini kerana Tengku Zafrul tidak memberikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada Pemuda Umno. Umum ketahui bahawa, kebanyakan jawatan GLC dilantik oleh menteri kewangan melalui MoF Inc, KWSP, Khazanah Nasional dan PNB.

Adakah ketua Pemuda Umno sedang melobi untuk Tok Mat sebagai menteri kewangan bagi memastikan akses kepada jawatan GLC?

Jikalau betul Umno tidak mementingkan jawatan, bolehkah semua ahli Pemuda Umno memberi ikrar tidak akan menerima apa sahaja jawatan dalam GLC?

Sebaliknya, ketua Pemuda Umno perlu menekankan agar jawatan lantikan politik dalam GLC diserahkan kepada kesatuan sekerja masing-masing.

Lantikan politik telah menyebabkan banyak syarikat GLC perlu diselamatkan dengan cukai rakyat dan banyak pekerja telah hilang kerja seperti MAS. Pekerja merupakan tulang belakang setiap organisasi kerja tetapi merupakan golongan pertama hilang kerja akibat salah tadbir lantikan politik.

Untuk pengetahuan umum, Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil posisi bahawa jawatan lantikan politik perlu digantikan dengan wakil daripada kesatuan sekerja untuk menghapuskan kronisme, nepotisme dan patronisme dalam kalangan ahli politik.

Golongan pekerja tidak akan salah tadbir GLC kerana ia adalah periuk nasi mereka.

Sumber – MalaysiaNow