Panas!!! Bekas Timbalan Ketua Pengarah KKM pertahan Pakar WHO, bidas KP Bomba dan Zuraida bodoh sombong

Panas!!! Bekas Timbalan Ketua Pengarah KKM pertahan Pakar WHO, bidas KP Bomba dan Zuraida bodoh sombong

Saya merujuk kepada sidang media KP Bomba yang meminta Prof Adeeba untuk berjumpa beliau jika benar dia betul. Dalam sidang media tersebut juga jelas KP Bomba mengatakan operasi sanitasi awam di bawah KPKT yang diselaraskan oleh Bomba Malaysia dibuat berdasarkan rekomendasi WHO dan CDC-Atlanta (Pusat Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat).

Saya terpanggil untuk membela Prof Adeeba Kamarulzaman, yang baru saja dilantik oleh WHO menganggotai Lembaga Sains WHO (WHO Science Council), badan tertinggi kepimpinan saintifik WHO, kerana saya juga antara yang pertama, sekali lagi mempersoalkan pembaziran dari aktiviti sanitasi awam (Lihat entry FB saya 30 Mei 2021).

Ini bukan kali pertama saya mempersoalkannya. Malah di awal pandemik saya sudah mempersoalkannya dan dipaparkan di muka hadapan akbar The Star 31 Mac 2020. KP Bomba menyebut sanitasi awam ini berpandu kepada rekomendasi WHO dan CDC. Saya ingin tahu, dokumen CDC dan WHO yang mana dimaksudkan oleh beliau? Sebelum mengeluarkan kenyataan saya sudah menyemak:-
1. SOP Operasi Sanitasi Awam bil. 1/2020 bertarikh 29 Julai 2020. Jelas dalam SOP tersebut dinyatakan, di bawah Liputan –

“8a) Kawasan awam – bermula dari bahu jalan sehingga ke dinding luar bangunan/premis atau pagar yang merangkumi perabot jalan seperti papan tanda, sisi jalan (kerb side), penghadang (guard rail) termasuk tiang lampu, lampu isyarat serta meliputi tempat awam yang terbuka atau lokasi kunjungan orang awam seperti laluan siar kaki, jejantas, taman awam, taman permainan, pasar awam, kemudahan awam, hab-hab pengangkutan awam serta di pusat tong sisa pepejal. Agensi telibat adalah PBT, SWCorp, JBPM pasukan bomba sukarela melalui kawal selia JBPM;

2. Garispanduan CDC dibawah tajuk “Cleaning and disinfecting your facility” yang terkini bertarikh 5 April 2021 (https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/community/disinfecting-building-facility.html#other-facilities) yang jelas menyatakan:

“Outdoor areas
• Spraying cleaning products or disinfectants in outdoor areas – such as on sidewalks, roads, or groundcover – is not necessary, effective, or recommended.
• High-touch surfaces made of plastic or metal, such as grab bars, play structures, and railings, should be cleaned regularly.
• Cleaning and disinfection of wooden surfaces (such as wood play structures, benches, tables) or groundcovers (such as mulch and sand) is not recommended.

Ia sama sekali bertentangan dengan apa yang SOP KPKT keluarkan. Jadi, Garispanduan CDC yang mana yang dimaksudkan oleh KP Bomba?

3. Saya tidak menemui Garispanduan WHO yang mencadangakan supaya “bahu jalan sehingga ke dinding luar bangunan/premis atau pagar yang merangkumi perabot jalan seperti papan tanda, sisi jalan (kerb side), penghadang (guard rail) termasuk tiang lampu, lampu isyarat serta meliputi tempat awam yang terbuka atau lokasi kunjungan orang awam seperti laluan siar kaki, jejantas, taman awam, taman permainan, pasar awam, kemudahan awam, hab-hab pengangkutan awam serta di pusat tong sisa pepejal” perlu disanitasikan. Malah apa yang saya tahu, Garisanduan Sementara WHO bertajuk “Cleaning and disinection of environmental surfaces in the context of COVID-19” bertarikh 15 May 2020 jelas menyatakan “spraying or fogging of certain chemicals such as formaldehyde, chlorine-based agent or quaternary ammonium, is NOT RECOMMENDED, due to adverse health effects..” Bukan kah bahan sodium hypochlorite yang disyorkan oleh SOP KPKT termasuk bahan berasaskan klorin yang dilarang oleh WHO, apatah lagi dengan menggunakan kaedah “waterjet”? Berdasarkan garispanduan WHO ini (https://www.who.int/publications/i/item/cleaning-and-disinfection-of-environmental-surfaces-inthe-context-of-covid-19), penyemburan menggunakan bahan ini, adalah merbahaya.

Kami mempersoalkan langkah-langkah sanitasi awam sebagai sesuatu yang membazir kerana ia tidak dokong oleh kedapatan saintifik mengenai risiko penularan COVID-19. Siapa lagi yang lebih berotoriti untuk mempersoalkannya kalau bukan Prof Adeeba Kamarulzaman, Ahli Lembaga Saintifik WHO? Bukan calang-calang pakar yang boleh dilantik ke jawatan itu.

LHS31052021

Lokman Hakim