Panas!!! Benarkah dakwaan Anwar disebalik kemelut penggunaan logo PKR berdepan PN Pru-15 nanti?

Panas!!! Benarkah dakwaan Anwar disebalik kemelut penggunaan logo PKR berdepan PN Pru-15 nanti?

Sumber dalaman PKR berkata, identifikasi parti itu berjuang untuk reformasi adalah faktor untuk parti komponen Pakatan Harapan (PH) bersetuju dengan penggunaan logo PKR pada pilihan raya umum akan datang.

Mengulas kenyataan DAP menentang cadangan Pemuda PKR pada hujung minggu lalu, orang dalam parti itu berkata: “Bendera PKR adalah jenama untuk reformasi dan itu yang rakyat mahukan sekarang.”

Katanya, penggunaan bendera PH boleh menjadi strategi salah berikutan ramai pengundi luar bandar mungkin tidak biasa dengannya.

Beliau mendapati warna bendera PH dan Bersatu adalah sama.

“Semua orang perlu memahami apa yang berkesan dan apa yang tidak,” kata sumber itu.

Seorang pemimpin DAP berkata, Majlis Presiden PH akan membincangkan perkara berkenaan dalam mesyuarat berikutnya.

Beliau bersetuju dan menyokong penggunaan bendera PH kerana gabungan itu kini adalah pertubuhan sah.

“Kita perlu mula menggunakan bendera yang mewakili kita semua. Kita perlu bersatu dalam perkara ini,” kata beliau.

Pada pilihan raya umum lalu, gabungan yang belum didaftarkan itu menggunakan bendera PKR bagi meraih kepercayaan pengundi untuk mengalahkan Barisan Nasional yang memerintah negara sekian lama.

Penganalisis politik, Azmi Hassan berkata, DAP berhak berhati-hati selepas spekulasi mendakwa Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan dengan Umno untuk membentuk kerajaan.

Tambahan pula, katanya, DAP mungkin risau dan cuba mengelakkan kekeliruan berhubung calon.

“Pada PRU14, sukar untuk memberitahu siapa calon PKR, DAP dan Amanah disebabkan semua bertanding di bawah logo PKR,” katanya kepada FMT.

Azmi berkata, mudah difahami Anwar berbincang dengan Umno kerana ia dapat meningkatkan peluangnya untuk membentuk kerajaan perpaduan yang akan merangkumi semua parti komponen PH dan mungkin menghasilkan pentadbiran yang kuat.

“Anwar mungkin tidak dapat katakan dengan tepat apa yang berlaku kerana masih ada perkara yang sedang dibincangkan.”

Seorang lagi penganalisis, Awang Azman Pawi yakin DAP bimbang kehilangan dominasi dan populariti, jika bendera PKR digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

“DAP lebih suka mempunyai bendera berkecuali,” katanya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/13/logo-pkr-adalah-jenama-untuk-reformasi-kata-ahli-parti/