Panas!!! Benarkah MP Tebrau bakal dilantik timbalan menteri persekutuan?
Seorang timbalan menteri persekutuan baru akan mengangkat sumpah esok.
Malaysiakini difahamkan, upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada jam 10.30 pagi esok di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, tiada perincian lanjut mengenai pelantikan itu diperolehi.
Tidak dapat dipastikan sama ada pelantikan itu bagi mengganti timbalan menteri sedia ada, mengisi kekosongan jawatan sedia ada atau jawatan kabinet persekutuan yang baru disediakan.
Untuk rekod, ketika ini jawatan timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya masih kosong selepas penyandangnya Jeffrey Kitingan meletak jawatan pada Sept tahun lalu.
Peletakan jawatan berkenaan dibuat Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) itu selepas dia dilantik menjadi timbalan ketua menteri Sabah.
Kabinet Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini terdiri daripada 32 menteri dan 38 timbalan menteri dan menjadi yang terbesar dalam sejarah Malaysia. – MK