Panas!!! Bentang pembatalan Ordinan Darurat September, pegawai Najib dakwa banyak wang akan dibelanjakan Muhyiddin
Proses pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat yang tidak dapat disempurnakan didakwa sebagai rancangan untuk mengelakkan ahli-ahli Dewan Rakyat membahaskannya di Parlimen.
Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN), Isham Jalil berkata, dengan masa yang ada sehingga September depan, ini secara tidak langsung membolehkan ‘rundingan’ berlaku dalam kalangan ahli Parlimen mendapatkan sokongan.
“Inilah rancangan sebenarnya…lengahkan Parlimen dan kata Ordinan Darurat sudah batal pada 21 Julai 2021 supaya pembatalan ordinan tidak perlu lagi dibahas dan diundi dalam sesi Parlimen minggu lepas walaupun Yang di-Pertuan Agong belum perkenan pembatalannya.
“Lepas itu tunggu sehingga darurat tamat pada 1 Ogos lalu oleh itu, tidak perlu lagi dapatkan perkenan Seri Paduka atas alasan darurat sudah tamat dan pembatalan darurat tidak lagi berbangkit.
“Oleh itu dapat masa satu bulan lagi sehingga September untuk ‘runding’ dengan ahli-ahli Parlimen untuk dapatkan sokongan. Asyik tidak habis-habis bermain politik, namun wabak Covid-19 semakin teruk,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.
Kenyataan itu mendapat 1,200 tanda suka, 274 komen dan 117 perkongsian selepas sejam disiarkan.
Terkini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin suatu usul untuk membahas dan mengungkaikan ordinan-ordinan darurat boleh dibawa dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada September nanti.
Menurutnya, ia selaras dengan titah pandangan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan peruntukan Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.
Semalam, Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan.
Penangguhan itu dibuat pada hari terakhir Dewan Rakyat bersidang secara khas selain Kerajaan PN berdepan tekanan untuk membentang dan membahaskan status pembatalan Ordinan Darurat.
Enam Ordinan Darurat yang diwartakan tahun ini iaitu Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja)(pindaan) 2021.
Tiga lagi ordinan yang diwartakan ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 [Berhubung berita palsu]; Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 [Berhubung kuasa untuk menggunakan Kumpulan Wang Disatukan tanpa melalui legislatif] dan Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (pindaan) 2021.
26 Julai lalu, Takiyuddin menjelaskan kerajaan Persekutuan telah membatalkan semua peraturan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu namun kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang disifatkan tidak melalui proses sewajarnya selain ‘membelakangkan’ Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka pula menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuatkan di Parlimen bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat sedangkan pembatalan ordinan tersebut belum mendapat perkenan Baginda.
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Muda, Akif Rusli berkata, seluruh Kabinet pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak layak untuk terus berkuasa kerana lebih banyak pencabulan terhadap undang-undang dan salah guna kuasa akan dilakukan.
“Kerajaan akan terus mencari helah menipu Raja, rakyat dan negara bagi mengekalkan kuasa mereka yang terus bertaut pada keabsahan Perdana Menteri yang diragui ini sendiri.
“Kini, ia menjadi kewajipan rakyat sekalian untuk mempertahankan institusi diraha dan perundangan dengan menuntut penubuhan Majlis Pemulihan Negara (PPN) seperti yang dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.
Sumber – UTUSAN ONLINE