Panas!!! Berang dikecam abaikan haiwan peliharaan sehingga kelaparan, ini jawapan yang memeranjatkan dari Zoo Negara

Panas!!! Berang dikecam abaikan haiwan peliharaan sehingga kelaparan, ini jawapan yang memeranjatkan dari Zoo Negara

Zoo Negara hari ini menafikan dakwaan bahawa Harimau Malaya di pusat riadah negara itu dalam keadaan yang tidak terurus dan ‘menyedihkan’.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana, menegaskan haiwan tersebut sedang dalam proses penyembuhan daripada rawatan perubatan.

Kenyataan tersebut menyusul selepas tular di laman sosial mengenai keadaan Zoo Negara yang didakwa tidak terjaga dan kotor, selain gambar seekor Harimau Malaya yang kelihatan ‘kurus kering’.

“Berkenaan Harimau Malaya yang didakwa mengalami kekurangan gizi, harap maklum bahawa harimau tersebut sedang pulih dari rawatan perubatan dan diberi peluang untuk berjalan di sekitar kandangnya sebagai sebahagian daripada proses pemulihan.

“Tidak adil bagi netizen untuk menuding jari kepada seekor harimau daripada harimau-harimau yang sihat di Zoo Negara,” demikian menurutnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Rosly berkata Zoo Negara memberi jaminan bahawa pihaknya menyediakan keperluan asas yang terbaik kepada haiwan-haiwan dalam jagaan mereka.

Ia termasuk penyediaan makanan dan rawatan veterinar dengan sedaya upaya Zoo Negara, tambah beliau.

Bagaimanapun, Rosly berkata Zoo Negara mengakui bahawa terdapat banyak kekurangan dan pihaknya cuba mengatasi perkara itu secara berperingkat.

“Keutamaan kami juga adalah menyalurkan kewangan untuk makanan haiwan, penjagaan asas haiwan dan gaji kakitangan,” jelasnya.

Tegas beliau lagi, Zoo Negara membelanjakan kesemuanya sumbangan yang diterima sehingga tiada ruang untuk pembangunan dari segi fasiliti pendidikan, perlindungan serta penyelidikan saintifik.

Selain itu, beliau menambah Zoo Negara memerlukan sekurang-kurangnya 500,000 pelawat setiap tahun untuk kembali pulih melalui penjualan tiket.

Walau bagaimanapun, Rosly berkata Zoo Negara terus komited meningkatkan dan memelihara kemudahan di lokasi ikonik riadah negara itu sebaik mungkin demi keselesaan para pengunjung.

Terdahulu, perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai keadaan Zoo Negara seperti tidak diselenggara dengan baik termasuk tangki berlumut dan air kotor telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet.

Ia termasuk mempertikaikan sumbangan yang diterima oleh pihak Zoo Negara.

Zoo Negara kembali beroperasi pada 3 Mac lalu selepas ia ditutup hampir tiga bulan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Sejak PKP 1.0 pada Mac tahun lalu, Zoo Negara berdepan krisis kewangan termasuk dilaporkan hanya mampu bertahan sehingga April. – AA