Panas!!! Berang tindakan lembab menteri, doktor pakar ini mengamuk di media sosial

Panas!!! Berang tindakan lembab menteri, doktor pakar ini mengamuk di media sosial

Sudah masanya kita tukar prosedur kerja kepada lebih efisien dan bergerak SECEPAT MUNGKIN. Tidak sanggup saya melihat lembab sangat bergerak di musim pandemik ini. Kita tidak ada MASA. Buang masa bermaksud kehilangan nyawa.

Saya tidak akan berhenti memperjuangkan akses vaksin COVID19 kepada ibu-ibu mengandung sampai mereka yang mahu vaksin diberi vaksin SECEPAT MUNGKIN. Ramai ibu-ibu mahu vaksin tapi oleh kerana ada klausa 14-33 minggu itu MERUMITKAN keadaan. Padahal sudah terbukti ianya SELAMAT bila-bila pun. Risiko COVID19 lebih tinggi. We don’t have time for meetings, meetings, meetings with NO SIGNIFICANT OUTCOME.

Saya perçaya JKJAV akan ikut saranan pakar. Doktor-doktor di Klinik Kesihatan (FMS) dan di PPV juga mahu vaksinasi ibu-ibu tapi telah TERJERAT dengan “guidelines” yang masih di takuk lama. Mereka memang bersedia untuk membuat “shared decision” bersama pesakit-pesakit TAPI ya lah kan, kalau apa-apa terjadi – mereka inilah yang dikambing hitamkan. Pentadbiran (yang kerja ofis) tidak akan tolong mereka. Pakar O&G pulak lagi tidak akan tolong mereka. Ada litigasi, mereka juga yang kena. Mati berdiri lah jawabnya.

Jadi, the onus is now on the O&G fraternity. Mana pakar O&G yang bertanggungjawab? Takkan tak habis-habis mesyuarat lagi? May I suggest do it FASTER. Change the way you conduct maternal morbidity and mortality meetings. Be CONSTRUCTIVE; don’t ever be DESTRUCTIVE. Jangan asyik cari salah orang sahaja. Cermin diri sendiri dahulu.

Saya harap KESEMUA doktor ibu-ibu mengandung MEMPERJUANGKAN nasib mereka. Kita sama-sama desak mereka yang nun diatas sana menukar cara kerja SECEPAT MUNGKIN. We dont have the luxury of time.

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan
Salam Maal Hijrah dan Kemerdekaan dari kami.
Kesetiaan kami sentiasa kepada pesakit-pesakit kami di Malaysia