Panas!!! Berbasikal ke pejabat, netizen beri cadangan balas kepada pak menteri
Menteri kabinet Malaysia sekali lagi mencetuskan kemarahan rakyat selepas mencadangkan idea terbaru mereka kepada rakyat yang tertekan dengan peningkatan kos sara hidup mutakhir ini.
Ianya hadir selepas cadangan seorang pengarah KPDNHEP Melaka yang menyarankan rakyat mengurangkan makan telur bagi mengawal perbelanjaan harian pengguna.
Pada 1 Julai lepas, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melaksanakan program ‘Berbasikal ke Pejabat’ dalam usaha membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup semakin meningkat sekali gus menyokong usaha keraejaan dalam melestarikan alam sekitar.
Timbalan Menterinya, Datuk Mansor Othman berkata, program yang menyihatkan badan itu akan diadakan seminggu sekali sebelum diperluaskan secara harian pada masa akan datang.
“Hari ini (1 Julai), seramai 40 warga KASA dan beberapa rakan korporat serta individu menyertai aktiviti kayuhan ke pejabat pagi ini.
“Saya difahamkan ada yang berbasikal sejauh 10 kilometer ke pejabat hari ini dan ia satu usaha yang bagus,” katanya.
Namun, netizen tidak mengambil masa yang lama untuk mengajar keangkuhan menteri dengan cadangan bodohnya itu.
Dalam ruangan komen, rata-rata pengunjung mengambil peluang menyuarakan cadangan balas kepada menteri tersebut.