Panas!!! Berdepan situasi terkini politik tanahair, ‘Geng Ustaz’ desak Pas aktifkan semula koalisi Muafakat Nasional
Pas akan mengadakan mesyuarat tergempar berikutan tindakan UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata mesyuarat itu akan diadakan segera bagi membincangkan situasi politik negara ketika ini.
Memetik laporan FMT, Tuan Ibrahim berkata, turut akan dibincangkan adalah mengenai kedudukan kerajaan ketika ini.
“Kita akan adakan mesyuarat segera,” katanya ringkas.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang media khas pada petang Selasa memaklumkan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.
Katanya, kerajaan pimpinan Muhyiddin gagal di mata rakyat, dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.
Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau terhadap Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.
Tambahnya lagi, surat akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Agong, sekali gus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku ketua kerajaan.