Panas!!! Berkongsi poster palsu, Hannah Yeoh akan saman pemimpin Pas, Mca
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh berkata ahli politik Perikatan Nasional (PN) yang berkongsi poster palsu di media sosial akan menerima notis tuntutan daripada peguamnya dalam masa terdekat.
Yeoh berkata pejabatnya telah membuat laporan polis pada 31 Julai mengenai poster palsu yang didakwa direka oleh ahli politik parti itu dan dikongsi beberapa kali di media sosial.
Poster itu memaparkan perbualan di aplikasi WhatsApp yang kononnya antara Yeoh dengan individu tidak dikenal pasti, merancang untuk menghantar maklumat kepada “kumpulan Zahid”.
“Susulan laporan polis itu, saya dan peguam hari ini telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Sentul. Saya harap polis akan menyiasat perkara ini dengan secepat mungkin.
“Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengeluarkan notis tuntutan kepada ahli politik PN kerana menyebarkan poster palsu itu,” katanya di Facebook selepas membuat keterangan polis pagi tadi.
Beliau yang tidak menamakan ahli politik terbabit berkata mereka adalah dari PAS dan MCA.
Peguamnya Muhammad Khairil Khalid dan Athari Bahardin berkata notis tuntutan akan dihantar yang menuntut agar mereka yang terlibat menarik balik kenyataan berbaur fitnah itu dan mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.
“Kita akan beri masa tujuh hari,” kata Khairil.
Keterangan polis dari bekas timbalan menteri wanita, keluarga dan masyarakat itu disiasat bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
Sumber – FMT