Panas!!! Bersatu cabar Zahid lantik PM dari kalangan 15 MP Umno yang menyokongnya

Panas!!! Bersatu cabar Zahid lantik PM dari kalangan 15 MP Umno yang menyokongnya

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman membidas sikap 15 ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana bersikap retorik dalam menentukan calon Perdana Menteri baharu.

Jelas beliau, pada saat negara berdepan krisis pandemik Covid-19 yang begitu serius ketika ini, fraksi ahli Parlimen UMNO menolak Muhyiddin dilihat masih bermain politik dengan menolak calon Perdana Menteri daripada parti itu sendiri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, beliau mempersilakan 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu untuk memilih calon Perdana Menteri dalam kalangan mereka, setelah kerajaan PN disabotaj pada waktu bencana kini.

“Rakyat boleh nilai ahli politik jenis apa yang sabotaj kerajaan waktu bencana ini.

“Konon tolak TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin). Tetapi DSIS (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) pun mereka tolak,” katanya melalui kenyataan dalam laman Facebook peribadinya pada Isnin.

Fraksi ahli Parlimen menolak Muhyiddin diketuai Ahmad Zahid dibidas kerana bersifat retorik dalam berpolitik setelah didakwa tidak menyokong pencalonan Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu – Foto UMNO Media

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus fraksi ahli-ahli Parlimen UMNO diketuai Ahmad Zahid menolak tawaran daripada fraksi UMNO menyokong kerajaan PN diketuai Ismail Sabri bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dipimpin UMNO akan dibentuk.

Spekulasi itu bertiup kencang di tengah-tengah kemungkinan besar Muhyiddin dijangka meletak jawatan selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada tengah hari Isnin.

Sumber – SinarHarian