Panas!!! Blogger politik terkenal dakwa tiada beza Scheme Of Thing Muhyiddin dengan Ismail
APAKAH PELANTIKAN SEMULA DUTA ITU SCHEME OF THINGS UNTUK MAHIADDIN?
Pelantikan semula tiga pimpinan parti sebagai Duta menggambarkan kelemahan dan ketidakupayaan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan penerusan budaya scheme of things yang dipelopori Mahiaddin Yassin.
Tiga pemimpin parti politik terbabit, Presiden Pas Abdul Hadi Awang, (Duta Timur Tengah) Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Tiong King Sing (Duta Cina) dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Richard Riot Jaem (Duta Asia Timur).
Apakah pelantikan itu sebagai penerus legasi Mahiaddin dan juga merupakan syarat yang dikenakan Mahiaddin kepada Ismail Sabri untuk mendapat sokongan Bersatu bagi membolehkan dia jadi PM, selain perlu memastikan Zahid dan Najib terperak di mahkamah?
Kalau itu sebagai syarat scheme of things, ertinya tidak ada beza apa-apa poertukaran PM daripada Mahiaddin kepada Ismail Sabri. Ia seperti pertukaran seluar dalam lama cuma ditukar depan ke belakang, belakang ke depan sahaja. Tetap hamis dan hampak.
Ismail Sabri seperti sedang memrobek repuitasinya sebagai PM sesudah dia tidak pun memiliki apa-apa kemampuan sebagai PM. Trims.