Panas!!! Bukan Umno, tetapi Pas pula mainkan lagu ‘Anak Kecil Bermain Api’

Panas!!! Bukan Umno, tetapi Pas pula mainkan lagu ‘Anak Kecil Bermain Api’

Wargamaya hari ini telah dikejutkan dengan satu peristiwa aneh yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Peristiwa aneh tersebut berkaitan dengan satu hantaran video lagu lama bertajuk ‘Anak Kecil Bermain Api’ oleh MP Kuala Nerus dari parti Pas, iaitu Dr Khairuddin Aman Razali atau lebih dikenali dengan gelaran AtTakiri sempena mengambil nama tempat kelahirannya di Seberang Takir.

Beliau yang juga merupakan pimpinan Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi yang menyelia perjalanan parti Pas juga merupakan ahli jawatan kuasa kerja Pas Pusat selain ditugaskan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia diperingkat kerajaan persekutuan.

Kepelikkan yang ditimbulkan oleh warganet adalah berpunca dari perkongsian video tersebut, yang lazimnya dimainkan oleh parti Umno sebelum ini bagi menimbulkan ketakutan rakyat berbangsa Melayu selepas berdepan kemungkinan kehilangan kuasa pada setiap kali berlakunya pilihanraya umum.

Hantaran AtTakiri itu dibuat selepas mengambil kira kedudukan politik partinya yang terlibat dalam pembentukan kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional yang ketika ini sedang membilang hari-hari terakhir mereka selepas penarikan semula sokongan Umno terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin itu.

Namun secara tidak langsung, warganet mula dapat membaca hala tuju sebenar perjuangan Pas yang selama ini dimomok-momokkan satu-satumya parti berteraskan perjuangan Islam, termasuk pernah menganjurkan satu gagasan besar ‘PGU – Pas Ganti Umno’ satu masa dahulu.

Jika perkongsian video lagu lama ini menjadi penanda arasnya, maka memang selayaknya Pas ganti Umno.