Panas!!! Dakwa dana RM30j Kementerian Kewangan mungkin diseleweng, pemuda ini mohon siasatan Jabatan Ketua Audit Negara terhadap Exco Terengganu ini

Panas!!! Dakwa dana RM30j Kementerian Kewangan mungkin diseleweng, pemuda ini mohon siasatan Jabatan Ketua Audit Negara terhadap Exco Terengganu ini

Nampaknya episod panas yang melibatkan Exco Pertanian, Ternakan dan Perikanan Kerajaan Negeri Terengganu ini dilihat semakin panas gara-gara kejadian menyindir Menteri MAFS semalam.

Meskipun telah memohon maaf selepas mengaku terkhilaf dengan peranan menteri tersebut dalam membantu menyelesaikan masalah ayam dan telur di negerinya, kini muncul isu yang lebih serius dikaitkan terhadapnya.

Hari ini, pemilik FB yang menggunakan nama Syam Ghaz telah membangkitkan satu isu menggemparkan berkaitan dana RM30.4 juta yang diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) sewaktu kerajaan ‘tebok atap’ pimpinan Mahiaddin Yasin sebelum ini terhadap Exco tersebut.

Exco Pertanian Terengganu Dr Azman Ibrahim akhirnya MENGAKU terima RM30.34 JUTA dari Kementerian Kewangan, Kerajaan Persekutuan untuk bangunkan sektor Pertanian, Ternakan dan Perikanan di Terengganu.
Semalam baru saya persoalkan di mana duit RM30 juta digunakan. Senarai projek yang beliau tulis, banyak yang tidak berjaya.
Nanti kita tampal gambar skali lepas ni. Biar semua tahu macamana “hebat”nya Exco Pertanian Terengganu yang suka sindir orang sejak sebelum jadi Exco lagi.
Masa tu tulisan dia sangat teruk, level walaun ja, walaupun ada title doktor gigi di Kubang Kerian. Nampaknya terbawa bawa lagi jadi Exco Kerajaan.
Mohon Jabatan Ketua Audit Negara masuk siasat projek-projek yang diberikan geran khas kepada Kerajaan Negeri Terengganu, kita tidak mahu wang rakyat dibazirkan dengan projek gajah putih. Begitu juga di Negeri Kedah yang menerima RM10 juta.
Syam Ghaz
https://www.facebook.com/100008302865519/posts/3508296999457028/?mibextid=cr9u03

Kenyataan Syam Ghaz hadir selepas satu hantaran berkaitan isu dibuat Exco tersebut di FB miliknya.

Tangkap layar FB Dr. Azman Ibrahim

Sehubungan itu, Syam Ghaz berharap pendedahan terbaru skandal kewangan melibatkan Exco tersebut mendapat perhatian dan siasatan segera daripada Jabatan Ketua Audit Negara.