Panas!!! Datuk Seri Noor Hisham, DG KKM didakwa langgar SOP, guna alasan mengelirukan untuk berlepas diri
Negara dipanaskan hari ini dengan 1 isu yang tular melibatkan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Noor Hisham Abdullah.
Isu tersebut melibatkan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP Covid-19 ketika majlis perkahwinan anak perempuannya di Putrajaya kelmarin.
Satu gambar yang dinaikkan beliau menampakkan gambar kenangan melibatkan keseluruhan anggota keluarga seperti didakwa beliau di atas pentas pelamin tanpa melakukan pematuhan penjarakan fizikal dan pemakaian topeng pelitup muka.
Menurut penciap menggunakan akaun @Zack Rockstar, dia mengambil kesempatan menciap ucapan tahniah di atas kehadiran menantunya, namun sempat bertanyakan kenapa beliau tidak mengamalkan pematuhan SOP seperti yang selalu beliau tekankan.
Dalam respon pantas, Datuk Seri Noor Hisham menjawab bahawa semua yang berada di atas pentas adalah ahli keluarganya, tanpa melibatkan orang luar dan acara bergambar teraebut hanya berlangsung seketika sahaja (alasan sama yang digunakan oleh Menteri Wilayah TS Annuar Musa tempohari).
Namun dalam ruangkan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jawapan tersebut dan mahukan beliau bertanggungjawab mengaku kesalahan tersebut.
Ada yang berkomen nakal mengatakan DG KKM itu bakal terlepas tindakan sama seperti yang dialami oleh pak-pak menteri kerajaan PN sebelum ini.