Panas!!! ‘Fatwa’ haram Mufti WP cetus kemarahan anak rantau

Panas!!! ‘Fatwa’ haram Mufti WP cetus kemarahan anak rantau

Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Dr Luqman Abdullah mengeluarkan kenyataan hukum melanggar larangan merentas negeri ditetapkan kerajaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri adalah haram.

Beliau berkata, “Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya haram.

Tambah beliau, Rasulullah saw menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu wabak penyakit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

Namun cubaannya bermain dengan hukum mencetuskan kemarahan netizen. Netizen menganggap mufti tersebut hanya berani menyentuh larangan terhadap rakyat marhaen, tetapi menikus bila berdepan dengan salah laku penguasa.

“Mana fatwa anda bila berlaku PRN di Sabah dahulu? Kenapa senyap? Bersembunyi digua mana”? komen seorang netizen

Malah ada yang lebih keras bertanya kenapa melancong rentas negeri tidak diharamkan, tetapi bertemu ibu-bapa pula menjadi pertikaian sehingga jatuh haram.

Meninjau laman rasmi FB Pejabat Mufti WP, netizen mulai memenuhi ruang komen di salah satu hantaran mufti tersebut. Setakat ini lebih 200 komen ditinggalkan kebanyakkannya berkisar berkenaan isu fatwa terbaru beliau

Jika keadaan ini berterusan, berkemungkinan pula laman rasmi fb mufti tersebut akan dinyahaktifkan, mengikut jejak laman rasmi UUM sebelum ini. – SH