Panas!!! Gagal patuhi SOP, 3 lori misi bantuan Ebit Liew diarah patah balik

Panas!!! Gagal patuhi SOP, 3 lori misi bantuan Ebit Liew diarah patah balik

Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew diarah berpatah balik semalam kerana gagal mengemukakan kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, tiga buah lori yang menuju ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan itu diarah berpatah balik dan tidak dikenakan kompaun.

“Sebenarnya tiada isu, bila kita tanya ada atau tidak kebenaran dia (pemandu) kata tidak ada kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jadi kami tidak benarkan masuk.

“Kita hendak mengekang penularan Covid-19 daripada luar ke Pahang sepertimana pernah berlaku semasa bantuan banjir, itulah sebab kerajaan Pahang ambil iktibar apa yang berlaku,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri telah menetapkan bahawa sebarang bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu ditransitkan di khemah transit yang disediakan di SJR Bentong di sini.

Beliau berkata, sekiranya perlu dihantar ke lokasi tertentu ia perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau PKOB daerah.

Sementara itu Zaiham berkata, sehingga pukul 1 tengah hari semalam pihak polis melakukan pemeriksaan ke atas kira-kira 780 buah kenderaan yang memasuki daerah ini di Sekatan Jalan Raya (SJR) Plaza Tol Bentong.

Tambahnya, daripada semalam sehingga pukul 4.53 petang ini sebanyak 53 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik kerana tujuan pergerakan tidak munasabah dengah menggunakan surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sumber – K! ONLINE