Panas!!! Gangguan seksual libatkan Pandalela, ‘gurauan’ Peja memakan diri

Panas!!! Gangguan seksual libatkan Pandalela, ‘gurauan’ Peja memakan diri

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seakan ‘tertanya-tanya’ mengenai pendedahan dikeluarkan Datuk Pandelela Rinong memandangkan isu gangguan seksual dilalui ratu terjun negara itu sudah berlaku sejak sekian lama.

“Saya ingin memahami senario sebenarnya kenapa tiba-tiba selepas sekian lama Lela (Pandelela) mengeluarkan kenyataan melalui media sosial beliau.

“Saya juga ingin menghubungi mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy (Jamaluddin Abu Bakar) kerana beliau juga mempunyai pandangan dan maklumat mengenai perkara ini. Itu yang saya sedang lakukan, lapor portal Berita Harian.

“Apapun, kita semua bukan saja KBS (Kementerian Belia dan Sukan), setiap seorang daripada kita mesti ada sifat benci kepada perbuatan seperti ini. Kalaupun lawak lucah, kita tak leh terima dan anggap seperti satu gangguan, apa lagi kalau berlaku perkara melebihi daripada itu, tentunya kita kena tolak.

“Kita nak gesa semua atlet tak kira apa peringkat sekali pun, malahan anak-anak di sekolah. Saya berharap ibu bapa juga mendidik supaya jika berlaku percakapan yang tidak sesuai, sentuhan tak sesuai antara mereka dan jurulatih ataupun yang lain, segera laporkan.

“Jangan diamkan perkara ini kerana ini adalah satu kesalahan jenayah yang kita kena sama-sama perangi,” kata Ahmad Faizal selepas merasmikan Seminar Anti Doping Kebangsaan 2021 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pandelela berkongsi pengalamannya di laman sosial Twiter mengenai gangguan seksual diterimanya daripada seorang jurulatih yang sering membuat lawak lucah terhadap rakan atlet.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata: “Pada masa ini saya sudah membuat tindakan saya tetapi belum secara rasmi kerana kalau tak silap, ia membabitkan pihak berkuasa.

“Tapi saya sebagai menteri bertanggungjawab, paling penting saya perlu berfikir secara serius supaya perkara sebegini tidak berlaku lagi. Itu lagi penting berbanding apa yang sudah berlaku dan kalau sudah diserahkan kepada pihak berkuasa, kita kena serah kepada mereka.”