Panas!!! Gara-gara laparkan pujian, Annuar Musa mendapat pengajaran berguna dari warga KL

Panas!!! Gara-gara laparkan pujian, Annuar Musa mendapat pengajaran berguna dari warga KL

Tokoh politik sensasi masa kini, tidak lain tidak bukan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa sekali lagi mencetuskan polemik dikalangan pengguna media sosial.

Dalam ciapan terbarunya di Twitter, dia melahirkan perasaan gembiranya di atas kejayaan penerimaan vaksin di kalangan warga Kuala Lumpur mencecah 80% bagi dos pertama.

Seperti biasa, dia mulai cuba menabur janji manisnya kepada warga Kuala Lumpur dengan menjanjikan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial sekiranya kadar penerimaan vaksin dos kedua mencecah 80%.

Namun dia tersilap langkah. Sangkaaannya penduduk warga Kuala Lumpur seperti pengundinya di Ketereh. Maka memandangkan ruangan komen sosial medianya tidak ditutup seperti laman media sosial MITI dan KKM, berbondong-bondonglah pelayar media sosial berkunjung memberin ilmu berguna berkenaan perolehan data vaksin kepadanya.

Sumber – Twitter Annuar Musa