Panas!!! Harga ayam meningkat, menteri ambil jalan singkat ajak beli di pasaraya
Negara digemparkan dengan serangan warga mayabterhadap laman web KDNHEP siang tadi. Apa isunya? Isunya berpunca apabila rakyat mengeluh dengan kenaikan harga ayam meningkat bukan sekali tetapi hingga 4 kali dalam bulan ini.
Lantas, admin laman rasmi KPENHEP yang sangat ‘bijak’ itupun dengan restu KSU kementerian telah pun menerbitkan satu sketsa animasi melibatkan 2 orang wanita berbual berkaitan isu yang berbangkit, kononnya.
Malangnya setelah diamati pengguna media sosial, jelas animasi yang diterbitkan kementerian tersebut jauh menyimpang daripada isu yang dibincang hangat pengguna.
Tidak diketahui apa persamaan isu ayam segar dengan kenaikan harga ayam? Adakah kementerian cuba memberitahu kepada publik bahawa ayam yang dijual peniaga kecil itu mahal dan tidak segar?
Belumpun selesai isu harha ayam meningkat, timbul pula isu kementerian mempromosi pembelian ayam di pasaraya dengan jaminan kesegaran ayam dipasaraya lebih baik berbanding yang dijual peniag-peniaga kecil tadinya.
Dah la tak membantu mwngurangkan harga, tiba-tiba pihak kementerian boleh sabotaj pihak peniaga kecil dengan cadangan bodoh menyuruh pembeli beralih membeli di pasaraya bagi mendapatkan ayam pada harga jauh lebih murah dan lebih segar.
Kenapa kementerian bertindak promosikan pembelian ayam lebih murah di pasaraya? Tidakkah menteri dan seluruh staf kementeriannya tahu, harga ayam tertakluk kepada kuantiti yang diambil.
Jika diambil secara pukal dalam kuantiti yang banyak, sememangnya tidak mustahil ayam boleh dijual dengan keuntungan paling minimum.
Tetapi berapa ramai peniaga kecil yang punya pusingan modal yang banyak bagi membeli ayam dalam kuantiti yang banyak,sedangkan untuk menyediakan keperluan harian pun mereka terpaksa mengikat perut.
Kenapa pemikiran pak menteri sangat low class? Benda mudah seperti ini pun tak mampu nak fikir? Apa guna dibayar gaji tinggi jika gagal cari penyelesaian masalah berbangkit seperti ini?
Adakah menteri dibayar oleh tokeh-tokeh pasaraya bagi membantu menaikkan jualan pasaraya mereka, sehingga sanggup membiarkan peniag kecil terkapa-kapar keseorangan berdepan kes kenaikan harga ayam tanpa bantuan kerajaan?
Jawapannya boleh ditemui pada komen-komen hantaran animasi laman kemnterian tersebut. Itupun jika tidak diarah diturunkan.