Panas!!! Hishamuddin dinasihat tumpu isu ceroboh sempadan negara, bukannya Covid-19

Panas!!! Hishamuddin dinasihat tumpu isu ceroboh sempadan negara, bukannya Covid-19

Dalam berdepan situasi tidak normal yang berlaku hari ini, prosedur biasa tidak lagi boleh digunakan sebaliknya agensi kerajaan perlu bergerak seiring dengan badan antarabangsa, pantas dalam menetapkan kelulusan kecemasan, kata Menteri Luar Hishammuddin Hussein.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, banyak rakan Malaysia di seluruh dunia turut menawarkan bantuan tetapi di sinilah birokrasi menjadi penghalang utama.

“Tawaran bantuan ini seharusnya diterima dengan kesungguhan dan bukannya keengganan. Ini pertimbangan antara melakukan perkara secara betul atau melaksanakan perkara yang betul.

“Menolak atau menerima tawaran ini turut akan beri kesan kepada kami di Kementerian Luar Negeri. Sekiranya tawaran ini tidak diterima dengan bersungguh-sungguh, ia berisiko menggugat hubungan diplomatik atau lebih teruk lagi menjejaskan integriti negara kita di pentas antarabangsa. Saya rasa ini bukan risiko yang wajar kita ambil,” katanya dalam kenyataan.

Hishammuddin juga turut mencadangkan supaya saringan besar-besaran dilaksanakan seperti disuarakan ramai ahli politik dan pakar kesihatan.

Katanya, ujian saringan secara besar-besaran akan membolehkan kerajaan menguji, mengenalpasti dan mengasingkan mereka yang positif dengan lebih cepat sekaligus dapat mengupayakan petugas mengurus wabak dengan lebih baik.

“Namun untuk melaksanakannya, kita perlukan perancangan sama ada untuk meningkatkan kapasiti makmal, menambah kit ujian Covid-19 atau memberi subsidi kos untuk melakukan ujian saringan.

“Saya yakin kombinasi cadangan-cadangan ini dapat membawa transformasi terhadap strategi pengurusan Covid-19 kita. Pendekatan bersepadu untuk kesihatan awam amat diperlukan – PKP yang ketat, tumpuan terhadap usaha vaksinasi serta ujian saringan,” katanya.

Hishammuddin berkata, pendekatan menyeluruh kerajaan penting untuk merealisasikan usaha itu kerana negara sering sering kali berjaya menguruskan hal dengan baik sebelum ini kerana institusi kita tidak berkompromi.

“Tetapi sayangnya, sistem kita yang begitu ketat juga menyebabkan kita agak tidak fleksibel ketika saat-saat sukar seperti ini. Kita sedang berperang – ini krisis yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

“Keadaan luar biasa ini memerlukan penyelesaian yang juga luar biasa. Apa yang kita perlukan sekarang ialah ketangkasan dalam pemerintahan, agar kita cepat menyesuaikan diri serta pantas membuat keputusan.

“Tragedi terbesar bagi Malaysia ialah jika kita tidak muhasabah kesilapan dan kelemahan. Kita mesti berusaha untuk tidak mengulanginya,” katanya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/13/perlu-pantas-tak-boleh-lagi-guna-prosedur-biasa-tangani-covid-19-kata-hishammuddin/