Panas!!! Hubungan Hamzah-Hishamuddin pula berantakan, usaha Malaysia anggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) terjejas

Panas!!! Hubungan Hamzah-Hishamuddin pula berantakan, usaha Malaysia anggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) terjejas

Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein menolak untuk terlibat dalam spekulasi mengenai konflik antara kementeriannya dan kementerian dalam negeri (KDN) berhubung usaha Malaysia menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC).

MalaysiaNow sebelum ini melaporkan tentang wujudnya kebimbangan mengenai pengunduran Putrajaya daripada komitmennya melindungi hak pelarian bakal memberi tamparan hebat ke atas dasar diplomatik Malaysia, di tengah spekulasi berhubung pengusiran pelarian dalam negara secara besar-besaran sebagai sebahagian rancangan KDN memastikan negara sifar pendatang asing tanpa izin.

Langkah tersebut boleh menjejaskan puluhan ribu pelarian Rohingya dan kumpulan lain yang melarikan diri dari Myanmar.

Namun, ketika dihubungi MalaysiaNow, Hishammuddin menolak untuk memberikan respons berhubung perkara tersebut.

“Saya tak boleh ulas khabar angin,” katanya.

Namun, beliau memberikan jaminan usaha Malaysia untuk menganggotai UNHRC masih berjalan. “Kita berada di landasan yang betul,” tambahnya.

Hishammuddin dilaporkan sedang berusaha untuk membina hubungan dengan UNHCR, sebuah sayap PBB berkaitan pelarian di seluruh dunia.

Inisiatif Malaysia untuk menganggotai UNHRC bagi penggal 2022-2024 secara rasmi diumumkan pada Disember tahun lalu.

Malaysia pertama kali dipilih menganggotai majlis itu pada 2006 namun keanggotaannya tidak disambung selepas 2013.

Bagaimanapun, kebimbangan muncul ekoran beberapa kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin yang dilihat mungkin akan memperlahankan usaha Malaysia untuk kembali menganggotainya.

Satu sumber berkata bahawa Hamzah mengkritik UNHCR “dan berulang kali bercakap mengenai pengusiran pelarian walaupun tahu tindakan itu sama seperti menghantar mereka untuk dibunuh.”

Dalam sebuah majlis baru-baru ini, Hamzah dilaporkan menyerang UNHCR mendakwa badan tersebut tidak membantu Malaysia dalam usaha menghantar pulang pelarian ke negara ketiga. – MN