Panas!!! Husam menang saman lagi

Panas!!! Husam menang saman lagi

AIR KELANTAN

Mahkamah Tolak Saman AKSB Terhadap Husam

Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu hari ni menolak saman Air Kelantan Sdn. Bhd. terhadap Datuk Hj. Husam Musa. Hakim Dato’ Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh di dalam penghakimannya juga mengarahkan agar kos perbicaraan dibayar oleh Air Kelantan Sdn. Bhd, kepada Husam.

Tindakan saman terhadap Husam dibuat selepas beliau membuat kenyataan bahawa syarikat berkenaan menyeleweng berhubung projek bekalan air di Merbau, Chondong, Kelantan.

Saman ini berkait dakwaan Husam di dalam satu sidang media pada Mac 2018 yang lalu, Husam mendedahkan berlaku keraguan dalam pemberian tender mereka bentuk, membina dan menyiapkan kerja-kerja mekanikal serta berkaitan untuk Skim Bekalan Air Merbau Chondong, fasa kedua bernilai RM27.1 juta.

Dakwa Husam apa yang mengelirukan, surat tawaran kepada dua syarikat masing-masing CDAH Construction Sdn Bhd dan JV Jangka Prestasi Sdn Bhd dikeluarkan pada 22 Januari 2015, Namun syarikat berkenaan hanya didaftarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 9 Mac 2015.

Husam diwakil pasukan peguam yang terdiri dari Shamsul Baharin Abdullah, Alawi Abdul Rashid, Noorazham Yahaya dan Rusilawati Zakaria manakala Air Kelantan di wakili pasukan peguam yang diketuai oleh Pengerusi Lujnah Undang-Undang Pas Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah.

#saveKelantan

Husam Musa