Panas!!! Insiden bendera negeri dikibar separuh tiang hangatkan lagi isu bolasepak Perak

Panas!!! Insiden bendera negeri dikibar separuh tiang hangatkan lagi isu bolasepak Perak

Penyokong bola sepak Perak berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengibar bendera negeri itu separuh tiang, yang lazimnya membawa maksud sedang berkabung ketika pasukan Perak FC memulakan latihan di Stadium Perak semalam.

Difahamkan, insiden itu ada kaitan dengan masalah kelewatan gaji dan kekecewaan pemain terhadap pengurusan pasukan.

Dalam perkongsian di Facebook penyokong bola sepak Perak, yang menyiarkan video pendek pemain memboikot sesi latihan, kelihatan bendera negeri dikibarkan separuh tiang dan mengundang kemarahan warganet.

““Kepada si dia yang mungkin menurunkan bendera separuh tiang tadi. Admin nak ajor sikit adab pasal bendera. Kome mungkin kurang pelajaran walaupun gaji besor. Jangan dibuat main pasal bendera ni kerana setiap perbuatan mempunyai maksud. Bendera separuh tiang ni masa berkabung je,” demikian hantaran di Facebook penyokong Perak.

Insiden itu turut hangat dibincang dan dikongsikan beberapa lagi page Facebook penyokong Perak yang lain.

“Penyokong oii, kome (kamu semua) kena lah pandai dan cerodik (cerdik) dan memahami maksud bila bendera dikibarkan separuh tiang tu.Bendera ni lambang negeri, lambang kerajaan dan bukan setakat untuk team bola sepak je,” kata seorang pengguna Facebook.

Semalam, sesi latihan yang sepatutnya berlangsung pada 10 malam bertukar menjadi sesi perbincangan antara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab, Rizal Ali Naiz Ali, dipercayai bagi membincangkan isu kelewatan bayaran gaji pemain.

Sumber memberitahu, perbincangan yang berlangsung dilihat sedikit-sebanyak meredakan ketegangan pemain dalam mengatasi kemelut itu.

“Perbincangan antara pengurusan dan pemain akan bersambung hari ini dan tanda jalan penyelesaian ditemui cerah sekali lagi,” katanya.

Katanya, tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah bola sepak Perak insiden sedemikian dan menyifatkannya sebagai detik hitam bola sepak negeri.

“Saya juga hairan kerana kehadiran yang ramai termasuk pihak media elektronik dari Kuala Lumpur yang seolah-olah sudah ‘menghidu’ akan berlaku insiden malam ini,” katanya. – FMT