Panas!!! Istana Negara terpaksa jadi ‘parlimen’ setelah Muhyiddin berkeras enggan bersidang

Sesi-sesi pertemuan dengan pemimpin parti politik dan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 adalah atas inisiatif dan keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah bagi membincangkan usaha memerangi penularan Covid-19, kata Istana Negara hari ini.
Dalam sebuah kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diaraja Ahamd Fadil Shamsuddin berkata seramai 18 pemimpin parti politik telah bersemuka dengan Sultan Abdullah bermula 9 Jun sehingga hari ini.
“Perlu diperjelaskan di sini bahawa sesi-sesi mengadap para pemimpin parti politik adalah inisiatif serta keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda dan berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19 serta pelaksanaannya semasa tempoh darurat,” kata Fadil sambil menambah pengerusi Jawatankuasa Khas bebas Darurat Ariffin Zakaria turut dipanggil mengadap baginda.
Menurut beliau lagi, Sultan Abdullah akan membawa semua pandangan yang dimaklumkan pemimpin-pemimpin politik ke dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan esok pada pukul 2.30 tengahari.
Beliau turut berkata perbincangan khas esok akan turut melibatkan agensi-agensi kerajaan bagi memberi taklimat mengenai kesihatan, keselamatan, politik dan ekonomi negara.
Perbincangan khas Majlis Raja-Raja tersebut adalah mesyuarat kali kedua berhubung Covid-19 selepas mesyuarat seumpamanya diadakan pada Oktober tahun lalu.
Perintah darurat diisytiharkan selepas perintah kawalan pergerakan kali kedua dilaksanakan kerajaan, ia dikuatkuasakan selepas lonjakan jangkitan Covid-19 Januari lalu.
Tempoh darurat akan dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan, namun ia mungkin ditamatkan lebih awal jika angka jangkitan Covid-19 dapat dibendung dan dikurangkan.