Panas!!! Isu gagal imbas MySejahtera : Kenapa 2 beradik masih didenda RM10 ribu seorang sedangkan menteri kata RM1500 sahaja

Panas!!! Isu gagal imbas MySejahtera : Kenapa 2 beradik masih didenda RM10 ribu seorang sedangkan menteri kata RM1500 sahaja

Gagal mendaftar masuk ke premis makanan di Teluk Cempedak di sini, mengundang padah buat dua beradik apabila mereka dikenakan tindakan kompaun RM10,000 kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dua beradik itu adalah antara tujuh individu berusia 18 hingga 61 tahun yang dikesan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menurutnya, tujuh individu terbabit termasuk pemilik premis gerai makanan di Teluk Cempedak dikenakan kompaun mengikut Peraturan 18 (3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Katanya, kesalahan yang dilakukan adalah kerana tidak mendaftar nama pada buku daftar masuk premis dan membenarkan pelanggan masuk ke premis tanpa mendaftar masuk.

“Dalam tempoh 10 hari pelaksanaan kompaun baharu, pihak kami sudah mengeluarkan 25 notis kompaun kepada individu yang didapati melanggar SOP.

“Tindakan tegas itu dibuat bertujuan bagi menyedarkan masyarakat supaya sentiasa berusaha mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – HM