Panas!!! Isu model seksi peraga jersi, Timbalan Menteri Agama minta Sanusi jangan berdalih
Pas melalui Timbalan Menteri Agama Ahmad Marzuk, meminta kerajaan negeri Kedah pimpinan Muhammad Sanusi tidak perlu berdalih bagi mengharamkan penggunaan model seksi bagi memperkenalkan jersi terbaharu pasukan bolasepak Kedah yang tular baru-baru ini.
Menurut MP Pengkalan Chepa itu lagi ADUN Jeneri itu yang kini sudah bergelar Menteri Besar Kedah tidak perlu lagi mencipta pelbagai alasan.
Ketika menjadi pembangkang dahulu, usahkan cuba menutupi aurat pramugari-pramugari, malah pembukaan premis judi juga dia arahkan ahli-ahlinya berdemo. Inilah masalahnya bila dia dapat kuasa, katanya lagi.
Sebelum ini, Sanusi dalam hantaran facebooknya mempertahankan tindakan menggunakan model seksi tersebut bagi menggayakan jersi baharu bagi pasukan Kedah.
Dalam nada seloroh, dia mempersoalkan motif mereka yang mengecamnya membenarkan aksi model tersebut sedangkan syarikat pengeluar jersi tersebut bukannya sebuah syarikat anak kerajaan negeri.
Dia juga sempat menyindir mereka yang menyerangnya agar jangan cuba acah-acah menjadi ustaz dan lebai dalam bab model seksi tersebut. Sambil menutup perbualan, dia sempat menambah tiada keperluan untuk menyelidik siapa model yang memperagakan baju yang hendak dibeli nanti.