Panas!!! Isu pandu uji Ford Raptor, Sanusi bakal didakwa dalam tempoh terdekat

Panas!!! Isu pandu uji Ford Raptor, Sanusi bakal didakwa dalam tempoh terdekat

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dijangka diambil keterangan oleh polis petang ini berhubung dakwaan beliau memandu uji kenderaan di Juru Auto City, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, lima individu sudah diambil keterangan berhubung perkara itu sehingga kini.

“Kertas siasatan akan segera dirujuk ke pihak pendakwa raya, selepas semua keterangan diambil dan siasatan lengkap,” katanya dipetik Astro Awani hari ini.

Semalam, Shafee dilaporkan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Kelmarin, kecoh di media sosial susulan penularan gambar dan video memaparkan individu mirip Sanusi memandu uji sebuah kenderaan, sedangkan negara kini di bawah perintah kawalan pergerakan penuh, dengan pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, Setiausaha politik Menteri Besar Kedah, Afnan Hamimi Taib Azamuddin menafikan Sanusi melanggar SOP dan dakwaan itu fitnah semata-mata.

Katanya, kehadiran Sanusi di pusat pameran itu secara kebetulan dan bukannya berniat mahu membeli kereta, sebaliknya hanya datang untuk melihat sahaja.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/07/polis-dijangka-ambil-keterangan-mb-kedah-petang-ini/