Panas!!! Isu Ujang : Selain Mujahid, Aziz Bari juga pernah menjadi mangsa
Ketika ramai mula bercerita topik panas berkaitan kartunis Ujang kelmarin, muncul pula satu lagi hantaran fb yang mengaitkan kartunis tersebut.
Penulis menyelami semula isu yang pernah berlaku setahun yang lepas dalam hantarannya, juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti apa yang berlaku ke atas Menteri Agama PH, Dr Mujahid Yusof Rawa satu waktu dahulu.
**********************
Lebih setahun yang lalu, aku pernah menegur seorang kartunis popular (hari ini beliau telah koyak-rabak) kerana melukis kartun yang mempunyai unsur fitnah ke atas Ketua Pembangkang Dun Perak, YB Dr Abdul Aziz Bari (pada ketika itu beliau merupakan Exco kerajaan Perak). Sejujurnya aku sendiri sudah tidak ingat isu apa yang dia lukis tu tapi diletakkan dialog pada kartun Dr Aziz sedangkan Dr Aziz tidak pernah berkata sedemikian rupa. Aku cuba cari balik kartun tu tapi dah tak jumpa. Aku yakin Dr Aziz pun tak kisah pasal kartun ni, entah-entah dia tak tahu pun kartun tu wujud.
Cuma aku tegur, aku kata nak bersatira boleh tapi kita tak boleh memfitnah. Jangan kata benda yang orang tak kata.
Tahukah kalian apa jawapan kartunis ini?
“Tak tulis nama pun sebab apa nak terasa?”
Kemudian datanglah para pentaksub dia hentam aku macam-macam, kah kah. Tetiba.
Ish, jahat-jahat Zunar buat kartun politik dia tak pernahlah dia bagi alasan “Eh, saya tak sebut nama pun” (eh, macam familiar pulak dengan alasan ni).
Ini dah terang-terang kau ambik muka Dr Aziz, tarik hidung tarik mata tarik mulut buat macam kartun, tiba-tiba kau boleh kata kau tak sebut nama?
Isunya mudah sahaja. Tidak bertanggungjawab. Aku berpand,angan kartunis ini sudah bankrap moral dan tiada integriti. Dia nak bersatira politik tapi dia masih belum pandai. Nak cuba-cuba tapi takut-takut. Iyalah, Zunar dah buat benda ni 20 tahun, sedangkan dia baru nak cuba-cuba buat setahun dua ni je. Memang berkicaplah bila kena lanyak dengan netizen.
Aku harapkan dia akan pertahankan lukisan dia dengan mengatakan, setidak-tidaknya oh ini kebebasan berkarya dan saya bertanggungjawab dengan apa yang saya lukis. Kalau nak saman, samanlah. Contohnya. Tiba-tiba boleh pulak jawab “Tak sebut nama pun”.
Jauh sangat dengan Zunar punya taraf yang orang boleh butthurt dengan dia sampai orang pulak report polis pasal kartun dia.
Jauh di sudut hati aku bersimpati. Nak kata naif ke, jahat ke, bodoh ke, tak tahulah. Nak mempertahankan karya sendiri pun tak berani. Walhal dah bankrap lebih 20 tahun pun kau nak takut apa, bukan boleh kena saman kat mahkamah pun kan? Keberanian itu pun tak ada.
Hari ni lintang-pukang jadinya. Dia tulis macam-macam dan lukis macam-macam akhirnya dia sendiri delete semua benda dan tiba-tiba lesson learned.
Tu pun belum cerita Paih Paih kena block lagi kah kah kah