Panas!!! K10 cuba kaitkan Raja Kamarul Baharin dalam gerakan jatuhkan Samsuri

Panas!!! K10 cuba kaitkan Raja Kamarul Baharin dalam gerakan jatuhkan Samsuri

Selepas UMNO, hari ini Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu pula menafikan penglibatan mereka dalam desas-desus pertukaran menteri besar.

Pengarah Komunikasinya, Hasbie Muda berkata, tindakan mengheret parti itu dalam hal rumah tangga Pas adalah tidak wajar dan bersifat murahan semata-mata.

Katanya, tiada keuntungan untuk Amanah atau pihak-pihak lain menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kerana pengganti beliau tentunya dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas.

“Tidak eloklah diheret Amanah semata-mata cuba menutup pekung,” katanya dalam kenyataan di sini.

Selasa lalu, Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku turut menyangkal wakil rakyat parti berkenaan terlibat dalam gerakan menjatuhkan menteri besar.

Katanya, jika isu itu benar maka ia adalah semata-semata perkara dalam rumah tangga Pas Terengganu yang tiada kaitan dengan UMNO.

Sumber: https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/amanah-terengganu-nafi-terlibat-isu-tukar-mb/?fbclid=IwAR1eJgMU5U_-o4Jqe3-x0foPUlfKSiM_3UjF4omKal5_VWisx_59pVDz2DU